TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Wednesday, 31 December 2014

Helikopter Milik PDRM Terhempas Di Tanah Merah Kelantan







Petang tadi sebuah helikopter PDRM dari jenis AS355 Ecureuil buatan Perancis terhempas selepas selesai misi bantuan mangsa banjir di pantai timur.

4 anggota Polis Diraja Malaysia dilaporkan cedera dalam nahas petang tadi. Insiden ini berlaku pada pukul 6.30 petang ketika dalam perjalanan ke Kg Rambai. Keempat-empat anggota PDRM ini telah dirawat di Hospital Tanah Merah.

Berikut adalah senarai anggota yang cedera. ASP Amirul pilot cedera parah. ASP Hasli cedera, SM Udara cedera dan WPC Afidah cedera ringan.

Semoga semua anggota PDRM ini cepat sembuh. Amin

RON95, RON97 dan Diesel Turun Esok



Berkuatkuasa tengah malam ini 1 Januari 2015 harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, RON97 adalah RM2.11 seliter Diesel RM1.93 

RON95 & RON97 turun sebanyak 35 sen sementara itu diesel turut turun sebanyak 30 sen.

Agak-agaknya harga barang turun tak??????


Esok leh isi minyak lebih sikit hohohoho....

Ribut Jangmi Dijangka Menghampiri Pantai Timur Semenanjung


Ibarat 'Sudah jatuh ditimpa tangga' istilah nie mungkin bersesuaian dengan situasi negara kita sekarang nie. Selepas bencana banjir besar menimpa bumi Pantai Timur dan kehilangan pesawat Air Asia #QZ8501 sekali lagi kita akan berhadapan dengan ujian terbaru.
RIBUT JANGMI....

Inilah satu lagi ujian yang akan menimpa bumi Malaysia tak lama lagi terutamanya penduduk di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pada semua penduduk di kawasan yang terbabit terutamanya penduduk di Pantai Timur, Sabah dan Sarawak diminta agar menjauhi kawasan pantai.

Dijangkakan Ribu Jangmi akan menghampiri Malaysia terutamanya Pantai Timur Semenanjung pada 3 Jan 2015 pada jam 9 malam - 11 malam.

Sama-samalah kita berdoa agar Ribut Jangmi mengubah haluan ke tempat lain dan tidak aktif. Semoga Allah SWT akan merahmati dan melindungi seluruh rakyat Malaysia.

Tuesday, 30 December 2014

Lagi Tragedi Melibatkan Pesawat Air Asia Zest Z2272 Di Kalibo Airport Filipina



Gambar Ihsan MyMetro

Belum reda dengan #QZ8501 tambah satu lagi kes pesawat Air Asia tergelincir dari landasan. Kali nie skid terbabas dari landasan kat Filipina.

Pesawat AirAsia Zest #Z2272 Airbus A320 terbabas di Kalibo Airport, Filipina tadi. Semua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat.

Pesawat Air Asia QZ8501 Telah Ditemui



Alhamdullilah dan syukur pada Allah SWT setelah penantian hampir 3 hari pesawat Air Asia QZ8501 telah pun ditemui sekitar 10km dari lokasi last contact dengan menara kawalan Indonesia.

Dikhabarkan lebih 40 mangsa QZ8501 telah berjaya dikeluarkan dari lokasi nahas.

Semoga ada keajaiban dalam misi menyelamat menjumpai penumpang atau krew QZ8501 yang masih hidup.

Teka teki nasib pesawat dan penumpang akhirnya terjawab dengan ini segala spekulasi dan teori-teori konspirasi terpadam dengan sendirinya. Ada baiknya dijumpai dari terus hilang seperti mana yang berlaku pada pesawat MAS MH370 entah ke mana pun tak diketahui nasib krew dan penumpang.

Semoga seluruh ahli keluarga mangsa QZ8501 tabah menghadapi dugaan dari Allah SWT. Salam takziah dan Al-Fatihah buat seluruh penumpang dan krew yang beragama Islam.

Monday, 29 December 2014

Keadaan Situasi Banjir Di Jerantut


Inilah realiti air banjir yang sedang naik di area Jerantut Pahang. Cuba bayangkan keadaan asal jambatan gantung di Jerantut bukan main tinggi lagi. Tengok keadaan air sekarang nie dah lepas paras jambatan gantung tu.

Memang tinggi sungguh air banjir kali nie. Memang diluar jangkaan. Semoga semua mangsa tabah menghadapai dugaan ini.

Cuti Sekolah Dilanjutkan Sehingga 11 Jan dan 12 Jan 2015


KPM dah keluarkan pekeliling sesi persekolahan 2015 yang akan dibuka sepatutnya pada 4 Jan dan 5 Jan 2015 dilanjutkan kepada 11 Jan dan 12 Jan 2015. 

Maknanya cuti sekolah tambah lagi seminggu sebab krisis banjir. Banyak sekolah masih ditenggelami air banjir sehingga sekarang jadi KPM lanjutkan cuti sekolah 2014 sehingga 11 Jan dan 12 Jan 2015.

Jangan pulak cikgu-cikgu dan murid-murid yang tak terlibat ngan banjir seronok lak tau sebab cuti dah lanjut. 

Tujuan cuti dilanjutkan adalah untuk bagi ruang pada semua sekolah, cikgu, murid dan ahli keluarga yang terlibat dengan bencana banjir dapat menumpukan persiapan persekolahan selepas isu banjir selesai. 

Pihak sekolah pun perlukan masa untuk pulihkan semua sekolah-sekolah yang terjejas teruk. Ibu bapa pelajar pun perlu sediakan persiapan persekolahan anak-anak.

Sunday, 28 December 2014

Adakah Benar Pesawat Air Asia QZ8501 / AWQ8501 Hilang?


Adakah benar berita yang diterima ini?????

Dikhabarkan pesawat Air Asia QZ8501 / AWQ8501 dari Surabaya ke Singapore diistiharkan hilang memandangkan pesawat ini masih lagi tidak mendarat di lapangan terbang Changi Singapore.

Pesawat dengan bernombor pendaftaran PK-AXC jenis Airbus A320 sepatutnya telah mendarat di lapangan terbang Changi pada 8.30 pagi

Pesawat jenis Airbus A320-200 ini membawa 155 penumpang, yang terdiri dari 138 penumpang dewasa, 16 kanak-kanak dan satu bayi, dua pilot, empat awak kabin dan satu juruteknik. Pesawat diterbangkan oleh Kapten Irianto.

Banjir Gelombang Ke 3 Bersediakah Kita

Bermula pada 28 December 2014 mengikut ramalan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) gelombang ke 3 siri hujan lebat akan melanda bumi Semenanjung Malaysia sepanjang 7 hari kelak.
Perghhhhhh 7 hari tu....bayangkan setiap hari hujan turun di seluruh Semenanjung Malaysia untuk tempoh 7 hari berturut-turut....memang sukar nak digambarkan memandangkan negara sedang diuji dengan siri bencana banjir paling besar dalam sejarah Malaysia ketika nie bukan setakat pantai timur sahaja hampir 8 buah negeri di Semenanjung terlibat dengan ujian dari Yang Maha Esa.
Tak senang duduk bila tengok sendiri maklumat JMM. Dalam keadaan banjir dah makin nak pulih nie harap-harap la apa yang diramalkan nie tak berlaku. Bukan apa dari segi psikologi memang amat berat sebenarnya ibarat "Sudah jatuh ditimpa tangga".....semoga gelombang ke 3 nie tak berlaku....
Apa yang aku risau sebenarnya adalah faktor ketumpatan isipadu tanah dilokasi banjir. Dalam keadaan air bah yang dah bertakung pada jangkamasa yang lama dengan aliran lumpur yang dibawa dari hulu pun disapu bersih akan jadi lebih kritikal sebenarnya. Daya serap air melalui liang n rongga tanah akan merosot lebih teruk disebabkan permukaan tanah dah mula diliputi dengan selut yang boleh dikategorikan sebagai tanah liat. Lagi susah air nak serap ke dalam tanah.
Kita hanya dapat harapkan air berkurangan secara semulajadi balik semula ke sungai. Pengurangan air sungai pula bergantung penuh pada keadaan di hilir sungai sebelum masuk ke laut yang bergantung penuh pada faktor air pasang surut. Tengok dari carta pasang surut hari nie dijangka paling tinggi 2 meter dan paling rendah 0.4 meter yang nie belah pantai timur. Kalau kat belah pantai barat lak paling tinggi 4 meter dan paling rendah 0.8 meter. Trend air pasang tinggi nie akan berlanjutan sampai awal bulan depan tu pun kalau tengok pada kalendar air pasang surut la.
Harap2 semua nie hanyalah ramalan semata-mata. Semoga kita semua dibekalkan kecekalan dan kekuatan menghadapi dugaan seperti nie.

Saturday, 27 December 2014

Hentikan Sebaran Status Kematian Bencana Banjir Pantai Timur

Orang Malaysia nie raja segala update bergambar kalau ada apa2 kejadian. Belum sempat masuk ke media arus perdana berita itu ini dah keluar FB dan lain2nya walaupun kesahihan masih samar2.

Selalunya apa2 berita yang diwar2kan melalui whatsapp, telegram, instagram, twitter dan fb tanpa gambar 90% adalah palsu. Memandangkan orang Malaysia kan raja update so jarang2 la kalau ada kejadian tak di amik gambar lepas tu update.

Apa yang aku nampak berita berasaskan tulis tanpa gambar nie majoritinya palsu contohnya dikabarkan berlaku kematian sana sini mangsa banjir di pantai timur. Ada yang cakap mayat terbiar bergelimpangan dah macam kejadian tsunami kat Acheh lak. Adoiiiiii!!!!!! nampak macam tak logik sbbnya ada smartpon tp update text status ja tanpa gambar.

Kan orang Malaysia nie raja update takkan ada berita sensasi tulis text ja kalau sah2 dah nampak kejadian ngeri.

Harap individu2 yang suka buat cerita sensasi seolah2 nak jadi juara update baik hentikan la. Jangan ditambahkan lagi kegusaran di hati para mangsa banjir di pantai timur dengan cerita tak sahih nie.

Kalau benar ada kematian seperti yang digembar-gemburkan sila amik gambar kejadian, amik koordinat lokasi kejadian (boleh rujuk google maps atau apa2 saja application yang ada dlm smartpon), nama tempat, tarikh, masa dan nyatakan status kejadian dan update terus kepada pihak berkuasa tak kira la kat FB ke atau mana2 saluran media. Minta pihak berkuasa uruskan kejadian nie bukannya mengembar-gemburkan kejadian tanpa fakta umpama tin kosong.

Sama2lah kita bertanggungjawab memastikan sumber adalah dari berita yang benar dan sahih bukannya mensensasikan situasi dan keadaan.

Tips Keperluan Asas Bantuan Ikhtiar Hidup Mangsa Banjir

Pada kawan2 yang nak bagi sumbangan pakaian untuk mangsa banjir harap2 jangan la bagi pakaian yang berstatus kain lap lak tau. Dapat tau tadi ada pakaian yg berstatus layak untuk dibuang dilonggokkan kat tempat pengumpulan mangsa banjir. Kalau nak bagi tu biarlah ikhlas dan molek.

Dalam situasi banjir nie antara jenis pakaian dan keperluan diri yang penting adalah:-

Baju Dalam Wanita (Perlu yang baru bukan hakmilik orang)
Seluar Dalam Lelaki & Wanita (Perlu yang baru bukan hakmilik orang)
Tudung Wanita (Jenis terpakai)
Kain Sarung (Jenis terpakai)
Seluar (Jenis terpakai)
Baju (Jenis terpakai)
Pampers Bayi (Perlu yang baru)
Pampers Orang Dewasa (Perlu yang baru)
Tuala Wanita (Perlu yang baru)

Keperluan makanan dan minuman yang perlu:-

Maggi Segera Dalam Bekas Plastik (mudah nak bancuh tak perlu bekas)
Susu & botol susu bayi
Air mineral / minuman
Air kotak (Paling ideal milo)
Air tin bertenaga (100 plus, Excel)
Biskut Tin (Paling ideal biskut Tiger Susu)
Coklat Bar 
Roti berinti

Keperluan makanan dan minuman segera amat penting terutamanya bagi mereka yang terpaksa pindah luar dari kawasan penempatan pemindahan contoh di tempat tinggi seperti bukit. 

Kalau ditengok dari keadaan mangsa yang terpaksa lari ke kawasan kaki bukit memerlukan tahap ketahanan survival sekarang nie mungkin ada mangsa yang takdak keperluan asas memasak hanya sehelai sepinggang membawa diri dan keluarga ke tempat selamat. Langkah terbaik misi bantuan udara atau pun darat perlu diberikan makanan dan minuman yang tidak memerlukan mangsa banjir memasak.

Monday, 8 December 2014

Penyokong Malaysia Tak Profesional


Penyokong Malaysia nie terutamanya golongan muda memang tak matang dalam bertindak.....agak2 la weh nak pi belasah penyokong Vietnam.....dah memang team kita main macam haram jadah nak buat macam mana.....kenapa tak pi belasah ja player kita yang main macam haram......tak pasal2 penyokong vietnam jadi mangsa sebab tak puas hati sbb kita kalah......

Bayangkan apa akan jadi next game masa kat Hanoi nanti.....silap2 haribulan ada penyokong kita balik tak cukup tangan tak cukup kaki kena 'potong' ngan geng2 vietnam kat sana nanti.....

Satu tindakan yang paling bodo dah sejarah bola sepak Malaysia.....menyerang membabi buta...

Kalau pun penyokong kita diprovoke oleh penyokong vietnam pasal kita kalah game tadi pada aku memang patut sangatttttt......mutu n kualiti persembahan bola sepak kita dah leh disepak masuk dalam tong sampah....balik2 kuda tua gak jadi pilihan.....pooooooraaaaahhhhhh!!!!!

Thursday, 13 November 2014

Menteri Tiada Kuasa Kawal Harga Rumah


Apa ke bangang Menteri kat Malaysia nie....mungkin kat Malaysia nie perlu ada sifat kebangangan kot.....baru la sesuai jadi Menteri.....mungkin seloka pantun 

Siakap Senohong 
Gelama Ikan Duri
Bercakap Bohong
Lama-lama Jadi Pencuri

nie yang moden punya seloka pantun

Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Bercakap Bangang
Lama-lama Jadi Menteri 

hahahahahaha


Aku bangkitkan isu nie bukan apa.....makin lama makin mengarut komen2 pak menteri nie.....Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan cakap kerajaan tiada kuasa untuk kawal harga rumah......WHATTTTTT THE HELL MAN!!!!!

Apa punya statement nie?????

Ayam hangpa leh buat sekatan perkenalkan harga siling....daging pun boleh ada harga siling.....ikan pun boleh ditetapkan harga siling....

Rumah nie tak leh ka nak buat harga siling????? Kalau katakan takdak kuasa cuba2 la "CARI KUASA" bukannya tunding jari bagi alasan bangang n standard budak sekolah tadika.....agak2 la weh.....

Rumah dah jadi satu elemen keperluan penting sekarang nie...sama standard ngan stok makanan......macam mana rakyat yang berpendapatan rendah nak beli umah masa akan datang kalau kerajaan sendiri dengan kebangangannya takdak usaha nak cari kuasa untuk membantu rakyat....agak2 la bro......lu tu menteri bro....lu ada kuasa untuk bawaan isu nie ke Parlimen untuk dicadangkan untuk gubal undang2 berkaitan harga rumah....

Nasib Najib Razak la sebab dapat golongan Menteri Cap Ayam brand.....Pengarah JPJ dah tentu la dengan standard Cap Ayam Tak Sembelih....statement tak berbudi bahasa....tp itu lah Malaysia lagi bangang Pengarah n Menteri lagi mudah nak jadi VVIP hahahahaha.....

Kesian sungguh ngan pakcik Najib Razak.....

Wednesday, 12 November 2014

Menteri Pengangkutan Arahkan JPJ Tangguhkan Operasi No. Plat

kah kah kah......akhir Pengarah JPJ dah leh buat keje lap kereta dia kat opis lepeh nie kekekeke.....
Menteri Pengangkutan dah arahkan hentikan sebarang pemeriksaan no plat kete kekekeke......bila mak ketam nak ajaq anak ketam jalan lurus tp last2 mak ketam sendiri jalan senget kekekeke......
sama la ngan Pengarah JPJ yang "bagus budi bahasanya".....sama standard ngan mak ketam dalam cerita kat atas kekekeke.....sendiri nak saman org tp diri sendiri terpalit ngan nista.....

Zaman skrg nie zaman berita di update every second....dulu boleh la kejadian hari nie jadi bahan utk berita esok....skrg nie zaman kejadian saat nie berita keluar 1 saat lepas kejadian.....zaman berita esoknya dah tak laku dalam era la nie.....
Perlu diingat zaman la nie org dah pakai smartphone....terlintas nampak mak ketam jalan tak betoi ajak anak2nya jalan lurus terus update masuk berita maya....terus viral cari kesalahan kecanggihan teknologi.....menteri n vvip pun panas punggoq sbb org ramai akan jadi hakim tak berbayar untuk mempertahankan hak yang dibuat oleh mak ketam yang jalan tak betoi......
amik ubattttttt......


Alor Setar Dilanda Puting Beliung Kali Ke Empat 12.11.2014

Tadi dapat tahu berlaku kali ke empat puting beliung melanda bumi Kedah di Alor Setar Kedah....dikhabarkan banyak juga rumah yang rosak dalam kejadian nie....kejadian berlaku pada pukul 3 petang tadi di Kampung Sungai Nona dekat Simpang Empat....korang leh tengok video yang sempat dirakam oleh rakan di Alor Setar.

video



Puting beliung keempat landa Alor Setar

ALOR SETAR: Satu kejadian angin berpusar seakan-akan puting beliung berlaku di Kampung Sungai Nona, dekat Simpang Empat, di sini, kira-kira jam 3 petang tadi, menyebabkan beberapa rumah di kawasan itu mengalami kerosakan.


Difahamkan, insiden puting beliung itu adalah yang keempat berlaku di Kedah sejak ia melanda Pendang pada 14 Oktober lalu.

Dua lagi insiden direkodkan sebelum ini ialah di Kampung Sungai Bharu pada 31 Oktober serta Taman Wira Mergong, di sini, pada 2 November lalu.

Gambar kerosakan akibat puting beliung





Tuesday, 21 October 2014

Puting Beliung Di Pandamaran Klang 21 October 2014


video

Tadi petang dikhabarkan ada satu kejadian puting beliung berlaku di Pandamaran Klang. Teruk gak bila tengok video kejadian. Sejak dua menjak nie cuaca di bumi Malaysia makin pelik.



Kepada semua mangsa yang terlibat semoga anda semua tabah menghadapi dugaan dan ujian dari Yang Maha Berkuasa.

Semoga Allah SWT akan melindungi kita semua dari segala bentuk bala bencana dan musibah. Amin






Thursday, 9 October 2014

Bila Ahli Parlimen (MP) Minta Gaji Naik Sebab Ikat Perut


Tang rakyat hangpa suruh berhemah berbelanja....suruh ikat perut.....tang hangpa jadi ahli parlimen jadi menteri kena naikkan gaji la kononnya alasan ikat perut gaji tak cukup....kalau hangpa cakap gaji MP RM6000++ sebulan tak cukup bayangkan rakyat marhaen kat bawah nie dengan gaji bawah RM2000.....cukup ka?????

Hangpa tak payah la pi ke parlimen naik kereta mewah siap drebar.....

kan pengangkutan awam ada leh jimat kos.....



Hangpa tak payah la pi sarapan pagi, lunch n dinner kat hotel2 mewah lagi.....
kan warung tepi jalan n restoran mamak ada leh jimat kos......


Hangpa tak payah la beli baju, seluaq n kasut mahai2 n mewah....
kan bundle banyak la nie beli la baju kemeja RM5 hengget, seluar panjang RM8 hengget n kasut kulit RM20 hengget buat pakai ke parlimen.....


Hangpa cakap kat rakyat kalau tak suka ngan semua nie "nyah kau keluar dari bumi Malaysia....."

La nie masanya rakyat lak nak cakap kat hangpa semua....."kalau tak suka jadi MP gaji rendah baik pindah dok kat uganda tak pun burkina faso....." bak kataQebal Poyo hahahahaha

Belajaq2 la rasa susah sama-sama ngan rakyat marhaen.....

Saturday, 30 August 2014

Halalkah Minyak Masak Terpakai?????


Ada customer tanya saya kat Restoran Lava Grill pakai minyak masak jenis apa????? Terus terang saya cakap di restoran kami nie kami sentiasa pakai minyak masak jenis SAJI dalam botol 5kg.

Walaupun mahal minyak masak dalam botol nie dari minyak paket 1kg saya tetap pilih minyak masak dalam botol. Memandangkan kualiti dan aspek halalan toyibban yang ada pada minyak masak dalam botol jenama terkenal diperakui halal dan sempurna prosesnya serta diperakui halal oleh pihak JAKIM.

Satu lagi minyak masak dalam botol nie diproses terus dari buah sawit dan bukannya dari proses kitar semula minyak terpakai.

Kenapa kami beli minyak masak dalam botol?????

Sepanjang saya terlibat dalam dunia pengurusan restoran banyak benda saya pelajari secara langsung dan tak langsung. Salah satunya adalah dalam aspek pemilihan minyak masak berkualiti. Kenapa dan mengapa kita perlu pilih minyak masak yang disahkan tahap kualitinya dan tahap halal pada produk?????

Minyak masak terpakai nie sebenarnya ada pihak yang datang membeli pada harga RM1.00/kg. Bila kita nampak sendiri cara pengendalian mereka amik minyak tu membuatkan saya mula terfikir faktor kehalalan pada minyak masak terpakai yang diproses semula.

Bagaimana status HALAL pada produk minyak masak terpakai yang diproses semula?

Mengikut pihak yang membeli minyak terpakai nie diaorang borong di seluruh restoran yang ada di Lembah Klang termasuk la restoran halal dan tidak halal. Minyak masak terpakai nie akan dipam masuk ke dalam satu tangki khas. So kat sini kita dah boleh nampak minyak yang halal dan tidak halal telah bercampur keseluruhannya.

Sebagai sorang muslim saya berhak memastikan pelanggan di restoran saya menikmati produk asas untuk memasak dari produk yang halal sahaja. Memandangkan isu halal adalah sesuatu yang sensitif saya mengambil langkah awal untuk mengelakkan dari mengguna minyak masak dalam paket yang diproses semula agar keraguan ke atas minyak telah saya atasi dari peringkat awal.

Mungkin ramai lagi peniaga muslim yang terlibat dalam industri berasaskan makanan tak tahu berkenaan isu ini. Oleh itu saya berharap pada setiap muslim terutamanya pada peniaga produk makanan boleh take note dan berhati-hati dengan isu ini.

Korang juga sebagai pengguna terutamanya yang beragama Islam wajib amik tahu supaya dapat memberikan makanan yang betul-betul halal pada keluarga. Sesungguhnya mencari yang halal itu adalah satu kefardhuan pada setiap muslim.

Lagi satu minyak masak terpakai yang diproses nie mengikut kajian sainstifik mengandungi kandungan karbon yang tinggi boleh jadi penyebab berlakunya proses kanser dalam tubuh badan kita.

Semoga korang semua menjadi pengguna yang bijak dalam memastikan kesihatan dapat dijaga dari peringkat awal.

Saturday, 24 May 2014

DNA Babi Dikesan Dalam Cadbury Dairy Milk

PESANAN KHIDMAT SOSIAL

DNA Khinzir telah dikesan dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel - Cadbury Dairy Milk. Pihak Kementerian Kesihat Malaysia telah mengesahkan pengesanan ini.

Oleh itu diharapkan semua umat Islam berhati-hati dengan produk tersebut.

Boleh rujuk pada kenyataan akhbar KKM dalam gambar nie.



Thursday, 8 May 2014

Apa Itu Abdominal Aortic Aneurysm????

Abdominal Aortic Aneurysm adalah salah satu masalah berlakunya pembengkakan pada salur darah utama aorta yang menghubungkan jantung ke saluran darah ke arah kaki kanan dan kiri....

Orang yang menghadapi sakit nie akan mengalami masalah sakit pinggang yang berpanjangan dan berasa sakit yang amat sangat pada bahagian perut.....

Kaedah pemulihan boleh dibuat melalui 2 cara:-

1.) Open Surgical
2.) Endovascular Aneurysm Repair

Nak tau lebih lanjut leh tengok video nie


Inilah penyebab sakit yang dialami oleh abah aku. Insyaallah kalau takdak apa-apa masalah minggu depan kena operate.....tapi tak sure lagi samada kaedah open surgical atau endovascular.....memandangkan faktor umur dan penah buat by-pass doktor akan suggest dalam tempoh terdekat nie kaedah pemulihan....

Semoga semua urusan pemulihan akan berjalan dengan lancar.

Tuesday, 6 May 2014

Al-Fatihah Dato Aziz Sattar - Berakhir Sudah Legasi Bujang Lapok


Berakhirlah sudah generasi trio Bujang Lapok dengan pemergiannya Allahyarham Dato Aziz Sattar ke Rahmahtullah hari nie.

Yang pasti legasi dan hasil lakonan seniman seperti Allahyarham P.Ramlee, S.Shamsudin dan Aziz Sattar dalam Bujang Lapok tetap akan diingati oleh semua lapisan generasi dan masyarakat.

Semoga Allah SWT akan merahmati ke semua seniman ini.

Al-Fatihah



P. Ramlee (Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh)

22 Mac 1929 - 29 Mei 1973 (umur 44)

S. Shamsuddin (Shamsuddin bin Dali)

1 Januari 1929 - 4 Jun 2013 (umur 84)

Aziz Sattar (Abdul Aziz bin Sattar)

8 Ogos 1925 - 6 Mei 2014 (89 tahun)

TRILOGI FILEM BUJANG LAPOK :-

Bujang Lapok (1957)

Pendekar Bujang Lapok (1959)

Seniman Bujang Lapok (1961)

Ali Baba Bujang Lapok (1961)

Bujang Lapok Kembali Daa (1986)

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un wa inna ila rabbina lamunqalibun Allahumma uktubhu 'indaka fil muhsinin waj'al kitabahu fi 'illiyyin wakhlufhu fi ahlihi fil ghabirin wala tahrimna ajrahu wala taftinna ba'dahu

Tuesday, 29 April 2014

Giant Burger @Lava Grill Burger

Alhamdullilah dapat order GIANT BURGER baru-baru nie.....kalau hangpa nak order leh PM kat fanpage Lava Grill Burger https://www.facebook.com/LavaGrillBurger

Leh tengok contoh burger...





Cash Flow a.k.a Aliran Tunai

Sebelum aku pejam mata nak tdoq aku nak kongsi sikit cerita pasai cashflow....tapi panjang berjela la kalau hangpa nak baca hahahaha....


Cash flow a.k.a aliran tunai nie adalah sesuatu yang amat penting dalam bisnes tak kira la bisnes apa2 pun baik dari sebesaq2 company sehingga ke bisnes tepi jalan….semuanya akan bersandarkan pada cash flow….


Jarang orang berniaga nie nak cerita atau dedahkan pasai cash flow nie dalam real bisnes….mungkin sbb tak mau kongsi atau mungkin sbb buat2 tak tau atau memang tak tau langsung……


Cash flow nie kita leh bahagikan pada 3 bahagian operation, financial & investment….tp selalunya orang akan hentam cash flow nie ketiga2 sekali gus tu yang jadi kelam kabut…..


Untuk operation cash flow kita leh pecahkan dari hasil jualan a.k.a sales tolak dengan raw material yang dibeli tolak dengan operation overhead…..yg nie bawah operation cash flow….inventori, gaji pekerja, sewa kedai, bil elektrik, air dan apa2 saja yg ada kaitan dengan operation masuk bawah nie….


Untuk financial cash flow nie berkaitan dengan pinjaman yang kita terima tak kira la samada pinjam bank ka pinjam kawan ka pinjam along ka semua tu dikira sebagai positif financial cashflow….bila dah pinjam kena la bayarkan yang akan jadi sebagai elemen bayaq balik hutang dari pinjaman….cukai, interest, dividen etc semua masuk bawah nie….mudah cerita yang ada kaitkan ngan urusan pinjaman bank la lebih kurang mcm tu……


Investment cashflow nie ada kaitan dengan pemilikan aset macam bangunan, mesin, kenderaan etc….


Sebenarnya positif operation cash flow nie la yang akan membantu kita cunkan financial cashflow dan investment cashflow……sbb bila dah untung ribu2 juta2 billion2 maknanya operation cashflow kita dah terbaik sgttttt2…..so takdak hal la nak settlekan hal financial dan investment nie…..pejam mata ja leh clear semua hutang2…..tp kena ingat selagi operation cashflow kita dok negative ja nie akan buat kita pening sangkut abih financial dan investment cashflow….tu yang buat kita serabut mcm sabut….


Dalam bisnes operational cashflow nie la yang kita kena tengok betoi2 kena jaga macam jaga bini…..sbb dari situ la segala punca pendapatan untuk kita ukur samada bisnes kita nie berpotensi utk dimajukan atau kita kena pikiaq untuk tarik hand break to make a final decision either proceed or cut loss…..


Dalam bisnes kalau 6 bulan berturut2 nilaian cashflow kita menyusut sampai dah makan separuh dari cashflow asal yang kita dah peruntukan kita kena pikiaq abih2….masa nie kita kena cari jalan untuk selamatkan bisnes atau cut loss ja bisnes tu….sbb 6 bulan adalah masa yg paling ideal untuk kita tgk halatuju bisnes tu….tak mustahil lepas lagi 6 bulan masuk fasa setahun cashflow dah jadi ZERO….yg nie lagi haru biru…..


Dalam cashflow nie breakeven point nie adalah kawan rapat dia….kita kena tau berapa nilai breakeven point operasi kita….


Contoh macam nie la….nak kira breakeven point….

Gaji pekerja 4 orang = RM200 sehari x 30 = RM6000 sebulan
Utilities (Bil elektirk, air, telefon, astro, unifi ect) = RM2000 sebulan
Sewa kedai = RM3000 sebulan
Kos pelbagai (komisyen, promosi, marketing, iklan, penyelenggaraan ect.) = RM2000 sebulan


So total overhead kos semua sekali dah RM13,000 sebulan….nie belum lagi kita tentukan lagi sales dan kos bahan mentah.......so breakeven point bisnes kita kena la 2 kali ganda dari kos overhead tadi….maknanya mau tak mau kena dpt sales RM26,000 sebulan…..nie kita amik kira kos bahan mentah 50% dari sales dah belanja dekat RM13,000 utk raw material.....so secara tak langsung dgn kos bahan mentah RM13,000 kita leh buat sales RM26,000 sebulan.....so ngam2 ja utk kita breakeven operation....tolak pi tolak mai ZERO PROFIT.....nie kita amik kira simple calculation....


Kalau dah breakeven apa yang kita dpt kan….takdak apa2 la yg kita dpt so cashflow pun akan maintain ja….tp kena ngat kalau ada financial & investment masa nie la yg akan buat kita pening kepala…..walaupun nampak kita dah capai operational breakeven point tp hakikatnya akan berlaku deficit secara tak sedar…..masa nie la kita pening kena keluarkan duit poket sendiri untuk cover financial & investement cashflow…..silap2 masa nie la kita terpaksa guna dana dari cashflow awal2 yg kita sediakan…..


So kena la make sure bisnes tu reliable dan berpotensi generate more income n sales….jgn harapkan pada breakeven point semata-mata….dalam bisnes kita kena buat duit bukan buat hutang….


So berapa nilai cashflow yang patut kita simpan sebenarnya???? Tang sini la kita semua dah tertewas termasuk la aku sendiri hahahahaha ngatkan modal yg ada dah cukup rupa2nya tak cukupppppp…….


Cashflow yang paling ideal aku syorkan ikut pecahan macam nie….


Tadi kita dah kira contoh kos operasi RM26,000 kan (overhead cost + raw material cost)…..so hangpa leh amik minimum 3 bulan ideal cashflow…..ngat minimum 3 bulan so hangpa kali la RM26,000 x 3 bulan minimum = RM78,000 untuk cashflow utk bertahan minimum 3 bulan - 5 bulan….lebih tinggi nilai cashflow yang ada kat tangan lebih aman sikit nak berniaga….tp kena ngat gak la besaq periuk besaq la nilai kerak dia…..


So kalau 3 - 5 bulan bisnes tu dok deficit bawah dari breakeven point yang kita kira tu hangpa dah leh jawap sendiri la kot samada bisnes tu ok ke tak….bayangkan kalau kita takdak simpanan cashflow yang cun…..peningggggg oooooo…..leh botak kepala….


Apa-apa pun yang kita buat kita kena banyak bersabar....bnykkan D.U.I.T = Doa, Usaha, Ikhtiar & Tawakal....insyaallah kalau bisnes yang kita buat dpt tempat di hati pelanggan kita akan dpt +ve cashflow.....masa nie la kita akan dpt hasilnya yang dikatakan sebagai PROFIT.....leh la enjoy katak lepas tu hahahahaha.....


Setiap kali dah abih operasi bisnes semua duit sales kena masuk dalam kiraan cashflow….then baru tolak ngan semua perbelanjaan….kira untung rugi nie kita kena buat setiap hari tanpa miss.....jangan risauuuuu....kalau ada duit invest sikit pakai Point Of Sales System a.k.a POS System......insyaallah akan banyak membantu.....resit2 perbelanjaan semua kena la simpan untuk semakan dan rekod.......


nak lagi baguih kita punya cashflow dptkan stok atau raw material melalui system kredit 10 hari – 30 hari…..tp amat2 jarang la supplier berani nak bagi kredit term yg jangkamasa macam tu…..tp jgn risau next chapter aku ceritakan macam mana to gain trust with our supplier ek…..


Nie la salah satu experience yang aku dpt dalam bisnes selama 8 tahun….


Sory la kalau terpanjang lak hangpa kena baca hahahahaha


Selamat beraba ehhhhh silap selamat beramal hehehehe…..

Monday, 28 April 2014

Berapa Nilai Rental Opis Atau Kedai Paling Ideal???

Berapa nilai rental opis atau kedai paling ideal??? Soalan nie dari dulu aku dok kaji akhirnya.....Alhamdullilah aku dah dapat jawapan dari pengalaman sendiri dalam bidang bisnes.....building / premise rental dan overhead nie boleh jadi silent killer dalam sesuatu bisnes....rental dah jadi fixed cost yang kita tak leh nak ubah2 lagi dah bila kita dah terjebak amik premise tu sebagai tempat kita nak mulakan perniagaan....


So berapa nilaian paling ideal?????? based on my experience maximum 10% from total sales....makna kata kalau rental RM3,000 sebulan sales minimum kena capai RM30,000 per month.....lagi tinggi nilai rental lagi jenuh kita nak kejaq sales....tp ada cara atau kaedah kita boleh nak minimizekan aliran duit yang keluar untuk tujuan rental nie.....salah satu cara adalah sewa di atas sewa....


cara nie selalu dipraktikkan oleh pengusaha restoran cina dan mamak.....depa akan amik corner lot dalam keluasan minimum 40 kaki x 80 kaki.....di dalam lot premise nie selalunya nilai rental paling cikai pun RM10,000 sebulan dah leh sampai RM25,000 sebulan.....bayangkan nak capai target sales RM100,000 - RM250,000 sebulan....dah macam McDonald punya turn over per month....macam fast food McD, KepCee a.k.a KFC, Pizza Hut, Old Town, Pappa Rich depa takdak masalah untuk capai target sales mcm tu sbb depa dah ada nama dan branding yang cukup kuat......


newcomer mungkin akan bermasalah sikit nak capai sales target mcm tu.....sbb dah terbukti ada newcomer leh capai nilai sales lebih dari RM150,000 per month.....so layak la depa nak pakai premise yang mewah mcm tu....kena ngat di area Lembah Klang nie rumah kedai ground floor paling rendah nak sewa di lokasi strategi paling cikai pun RM4,000 - RM7,000 untuk lot tengah......corner lot jangan citer la.....


so macam mana nak minimizekan kadar aliran tunai yang keluar untuk rental nie......salah satunya mcm aku ckp td sewa di atas sewa.....kita menyewa premise then kita buka lot2 perniagaan kecik pada pengusaha lain macam restoran mamak dan restoran cina....contoh paling ideal leh tgk konsep restoran cina depan Aeon Seri Kembangan.......1 corner lot leh sewakan pada berbelas hingga berpuluh lot pada peniaga lain.....owner restoran just offer air ja.....dari 1 lot kecik tu depa collect RM20 - RM50 sehari.....kalau dah ada 10 lot dah RM200 - RM500 sehari....sebulan dah berapa???? paling cikai pun RM6000 dah ada cash untuk bayaq separuh rental corner lot yang disewa....balance dia top up sendiri la.....ayaq dia dah tibai kaw kaw punya.....tempat duduk n meja paling sikit pun leh tampung untuk 200 org dalam satu-satu masa.....


kalau ada orang leh dpt sales RM3000 - RM5000 sehari untuk lot tengah kita memang dasat la bisnes orang tu....sbb apa aku ckp mcm tu sbbnya lot tengah keluasan tapak agak terhad leh masuk customer pun paling tinggi 40 - 60 orang saja dalam satu2 masa.....kalau buka dari pagi sampai malam insyaallah takdak masalah nak capai target sales mcm tu....kalau buka kul 4pm - 12am agak mustahil sebenarnya....melainkan ada keistimewaan yang buat customer tertarik mai berduyun2 ke restoran tu.....mungkin ada awek dok gelek dalam restoran kot hahahahah.....


sbb tu kita kena kaji sedalam-dalamnya untuk memilih building yang kita nak sewa......bak kata orang tua2 "ukur baju di badan sendiri"....kita kena kaji jangkaan sales yang kita leh dapat dalam sehari, seminggu dan sebulan....dari situ kita akan tau mcm mana tahap operasi kita dan kesesuaian premis yang kita sewa tu cukup sesuai atau tidak.....kalau customer melimpah ruah so dah leh plan utk next outlet cari lot yang lebih besaq dari sebelumnya.....


kena ngat betul2 "ukur baju di badan sendiri" salah langkah rental nie akan jadi penyebab kita garu kepala sampai botak......dah nama pun silent killer mcm kanser mmg bahaya la kan....


oklah nanti kita sambung cerita lain lak ek.....

Kita Cerita Pasal Nett Profit (NP) - Untung Bersih

Assalamualaikum dan Selamat pagi Malaysia......hari nie dah pun 19 April 2014.....cepat sungguh masa berlalu.....

ok jom kita sambung topik NETT PROFIT (NP)......macam mana nak kira NP nie.....semalam kita dah cerita pasal GROSS PROFIT (GP) macam mana nak MARK UP dan berapa nilai paling ideal.....

NP nie la yang semua bisnesman/bisneswoman nak.....nie la dia output yang dicari-cari selepas kita berhempas pulas memajukan bisnes....pengakhiran adalah UNTUNG BERSIH.....besar NP yang kita buat maka besarlah hasilnya yang kita akan generate nanti....segala penat lelah kita berbayar la....

Bayangkan penat2 dok bersengkang mata terkejaq sana sini tapi output dia ke laut beb.....nie yang akan buat jiwa dan semangat kita pun KE LAUT....segala perjuangan dan pengorbanan yang kita buat tu akan nampak mcm sia-sia ja.....

NP nie ada banyak istilah yang selalu orang pakai atau mungkin hangpa sendiri pernah ada terdengar istilah macam nie bottom line, net income, or net earnings.....tu semua direferkan pada NP.....

Berapa agak2nya nilai NP paling ideal????? Tang NP nie agak subjektif untuk kita tentukan.....sbb selepas GP yang kita dapat sebelum nie akan ditolak dengan semua kos overhead & indirect cost yang melibat kos tetap (fixed cost) dan kos bolehubah (variable cost).....baru kita dapat OPERATION PROFIT.....tak dapat NP lagi sebenarnya.....selalunya orang kita berniaga nie dok kira NP takat nie ja.....sebenarnya adalah silap konsep pengiraan NETT PROFIT....

Sbb kita kena ngat profit perniagaan bukan takat dari hasil berniaga ja....duit hasil sales yang kita dok simpan dalam bank pun kita kena kira sbb ada keuntungan dalam bentuk NON-OPERATING INCOME contohnya dividen dari hasil simpanan dalam bank atau saham etc.....

Yang nie kita panggil EBIT (earnings before interest and taxes)....hasil OPERATION PROFIT di tambah dengan NON-OPERATING INCOME....lepas tu ada lagi level seterusnya PRETAX PROFIT (EBT, earnings before taxes).....tolak interest itu tolak interest ini.....

Then lepas tu la baru kita dapat NETT PROFIT iaitu PRETAX PROFIT tolak la ngan cukai a.k.a tax....baru la selesai semua proses NP.....

So ringkasan NP nie sampai ke level P&L (Profit & Loss) hangpa leh tengok kat bawah nie sebagai rujukan.....

1.) Sales Revenue = Jumlah sales yang kita perolehi dalam sebulan sehingga setahun

2.) Gross profit = sales revenue ditolak dengan cost of sales & other direct costs

3.) Operating profit = Gross profit ditolak dengan overheads and other indirect costs

4.) EBIT (earnings before interest and taxes) = operating profit + non-operating income macam dividen bank, saham dan sebagainya.....

5.) Pretax Profit (EBT, earnings before taxes) = operating profit ditolak dengan segala interest mak nenek bla...bla...bla....

6.) Net profit = Pretax profit tolak dengan cukai kerajaan (government tax)

So dah selesai semua kiraan NP....

Dok cerita panjang lebaq nie aku tak sentuh pun lagi berapa nilaian ideal NP lagi hohohohoho......panjang lak aku taip nie.....

Secara peribadi NP yang paling ideal ikut pengiraan aku adalah diantara 15% - 30%....kalau hangpa leh dapat NP dalam lingkungan tu aku leh thumb up kat hangpa la.....maknanya bisnes yang hangpa buat tu memang berkesan dan teratur serta amat sihat untuk dimajukan....

Kena ngat GP sebelum nie aku penah sentuh nilai minimum 65%.....so kalau tolak dengan NP 15% - 30% maknanya semua kos dari operation sampai la ke tax hangpa akan dpt dalam range 35% - 50%......dalam range percentage 35% - 50% utk kos operasi sehingga tax adalah tak berapa nak ideal sgt sebenarnya....kira agak tinggi sebenarnya....sbb tu aku cakap awal-awal dalam bab GP nie minimum GP adalah 65%....so mau tak mau kita kena gak increase GP percentage sehingga level 70% kalau boleh.....dan kita kena cari jalan kurangkan kos operasi dalam range 25% - 40%.....

Inilah salah satu cabaran paling kritikal yang patut ada pada bakal bisnesman/bisnewoman/usahawan....otak kena ligat untuk cari jalan penyelesaian......kena terus mengkaji model dan modul perniagaan kita tu supaya kita dapat memaksimakan NP dapat mengurangkan cost of sales, cost of operation.....tang sini paling kritikal....salah manage leh botak licin kepala....

Ada gak kes dalam bisnes NP leh jejak sehingga lebih dari 50%....bayangkan dapat NP mcm nie SUPERB.....aku bagi contoh kes owner FB la Mark Zuckerberg....macam mana dia memaksimakan profit...memang aku respek kat orang mcm nie...

Dalam bisnes runcit retailer susah sikit la nak capai NP yang tinggi sbb proses MARK UP sendiri dah tak leh tinggi.....kalau tinggi sangat orang tak mau beli kalau rendah sangat kita lak leh botak kepala....so kena target volume dalam bisnes runcit nie.....bayangkan nak fight ngan big boys macam GIANT, MYDIN, AEON, ECONSAVE dan sebagainya....peningggggg ooooooo

Tang bisnes food services macam restoran....GP memang agak tinggi tp sakit jiwa tang cost operation terutamanya sewa dan pekerja...lebih2 lagi kalau dapat pekerja yang leh buat kita naik darah.....lagi pening kepala....leh kena heart feeling kekekeke macam dialog SITI TANJUNG PERAK dalam citer BUJANG LAPOk hahahaha.....best ooooo citer P.RAMLEE....

Dalam hal nie 2 aspek ja yang aku nampak boleh kita adjust utk kita maximizekan keuntungan NP.....nie yg aku nampak la.....kita leh adjust tang cost pembelian bahan mentah dan kos overhead....kat situ la segala bahana kalau salah susun, salah manage dan salah guna....

SALES - LOW COST MATERIAL - LOW OPERATION = SENYUM LEBAQ

SALES - HIGH COST MATERIAL - LOW OPERATION = TAKAT SENGEH JA

SALES - HIGH COST MATERIAL - LOW OPERATION = TAKAT SENGGEH

SALES - HIGH COST MATERIAL - HIGH OPERATION = MUKA TATAK SEMUA LAGI MAAAA....

waaaaaaaa agak panjang berjela aku taip hahahaha......suka hati hangpa la nak baca ke tak.....

oklah aku nak pi ke bangi beli barang....seee uuuuuuooooollllllsssss......

Macam Mana Nak Kira Gross Profit (GP)

Nak jadi bisnesman kena la tau sikit sebanyak mcm mana kita nak kira gross profit (GP) n kenal pasti profit n loss (PNL)….kalau tak tau benda alah nie baik belajaq sblm nak berbisnes atau pun jangan berbisnes…..berbisnes nie jangan dok ikut orang atau tengok orang buat bisnes kita pun nak berbisnes gak….tak salah kalau belajaq sbb nak maju kena ada ilmu….jgn jadi macam aku main bulldoz macam bulldozer selama 8 tahun aku berbisnes….


Ok back to the topic GP-Gross Profit, NP – Nett Profit dan PNL – Profit And Loss…..


Tak susah pun sebenaqnya nak tau pasal benda nie….


Gross Profit (GP) nie akan membantu kita untuk tahu berapa untung kasaq bisnes yang kita buat sebelum kita tolak kos-kos yang lain….so berapa GP yang paling ideal sebenarnya???? Semua bisnes kena ada GP dan mungkin berbeza-beza nilai GPnya dengan bisnes berasaskan industry makanan, retailer, service, trading etc……


Aku akan cerita dalam nie adalah berasaskan pengalaman aku yang sediada nie melalui restoran LAVA GRILL BURGER…..


Untuk bisnes dalam industry makanan nilaian GP paling ideal ada yang ckp minimum 50%.....tp pada aku nilai tu ada sedikit kritikal sebenarnya….pada aku paling ideal antara 65% - 75% ke atas setelah ditolak ngan raw material kos….so untung kasar nie a.k.a gross profit a.k.a GP kiraan dia NETT SALES/REVENUE/TURNOVER ditolak dengan jumlah MATERIAL COST SOLD dibahagi dengan SALES dikali dengan 100%....tgk kat bawah nie


[(NETT SALES – MATERIAL COST SOLD) / NETT SALES ] x 100% = 65% and above….


nie adalah minimum n ideal GP untuk bisnes berasaskan industry makanan……the high gross profit margin indicates that the company can make a reasonable profit….lower gross profit margin it make u in trouble…..maknanya u unable to cost production cost ataupun kos pembelian bahan mentah yang tak systematic atau supplier yang supply tu jual bahan mentah overprice…..selalunya awalan dalam bisnes mmg kita akan berhadapan dengan LOW GROSS PROFIT sebab kita belum kenal lagi dengan ideal supplier….so kena la cepat2 build up very good relationship dengan supplier….bab nie kita cerita kemudian mcm mana kita nak gain supplier trust untuk kita dptkan kredit terms…..


GP margin nie hangpa kena kira dari awal sblm nak start up the bisnes….dah kena kira satu persatu produk yang ada berapa GP utk setiap item…..kalau ada 100 item so 100 jenis GP la hangpa kena buat…..then buat unjuran andaian target item sold….buat juga average GP yang dijangkakan…make sure average GP keseluruhan item yang bakal dijual mencapai target 65% ke atas tgk pada jenis bisnes hangpa la…..dari GP nie nanti la kita leh tau berapa overhead yang patut kita keluarkan untuk staff salary, rental building, belanja utilities, kos itu kos ini etc……


nie real calculation sebagai contoh…katakan bisnes hangpa buat sales sehari RM2000 hengget dan kos bahan mentah RM700…..

so [(RM2000 – RM700) / RM2000] x 100% = 65% gross profit margin….


Maknanya dengan kos material RM700 hangpa sepatutnya boleh dptkan sales RM2000 sehari….nie belum tolak lagi overhead kos baru kos bahan mentah ja……


Kalau dah dapat gross profit margin 50% ke atas tu kira ok la tp lagi elok atas 65%.....maknanya hangpa dah mark up 2 kali ganda atau 100% dari nilai asal produk yang dihasilkan....


Bila kita buat produk sendiri kena make sure nilai mark up atas dari 50% gross profit margin....jangan dok pandai-pandai nak jadi dermawan hartawan atau apa2 saja wan wen wun hohohoho....jangan ada yang terasa dah la noooo......kita bukan buat kerja amal atau jadi jabatan kebajikan masyarakat.....kita berbisnes then berbisnes la dengan bijak.....be a smart bisnesman and don't cheat n hypocrite.....be a real bisnesman or bisneswoman.....


kalau jual produk dalam bentuk retailer lak kiraanya yang tu kena pakai konsep MARK UP….


Contoh formula lebih kurang macam nie….


MARK UP = [GROSS PROFIT MARGIN / (1 + GROSS PROFIT MARGIN)]


Atau


GROSS PROFIT MARGIN = [MARK UP/ (1+MARK UP)]


Dalam bisnes retail nie selalu kita dok dengaq orang ckp lagu nie“ok aku dah mark up 60% barang tu….” Maknanya nilai produk dia juai tu dah jadi net sales item termasuk gross profit 60% ada dlm harga jualan…..


Contoh kiraan lak mcm nie la…..katakan hangpa ada produk retailer nilai RM10 hengget dan hangpa nak mark up 60%....


So, RM10 / (1-60%) = RM10 / 0.4 = RM25 hengget SELLING PRICE…..


Maknanya GROSSPROFIT MARGIN dalam RM15 hengget selepas kita tolak harga kos RM10….ok cun la dah untung kasaq mcm tu dalam bisnes retailer…..jangan terkejut orang dok juai kat kedai runcit untung hasil mark up 5% - 15% ja per item…..tp depa juai based on volume yang nie buat depa leh hidup…..sbb volume yang besar akan bagi hasil yang besaq lepas tu….tp kalau kita sewa premise mahai2 tak leh nak jual secara volume memang mampuih berdiri leh tergolek dock….


Serius cakap retailer dalam bentuk runcit nie bukan mudah ooooo agak payah sebenaqnya….baik hang juai barang kat online ja mark up kaw liaw nya….kos sewa itu ini pun takdak…..dpt bersih sebersihnya…..tp nak berniaga online pun bukan mudah kena ada killer produk and kita adalah pioneer dalam jualan tu sbb apa lepas kita dah jual jgn terkejut beruk ada berduyun-duyun orang akan copy paste produk yang kita juai tu siap lawan harga lagi rendah…..apa yang hangpa kena buat cepat2 cari produk baru lak lepas tu…..BE A PIONEER is the main key point here…..jangan jadi seconded…..


Oklah dah panjang berjela bab GROSS PROFIT (GP)……lum masuk bab NETT PROFIT dan PROFIT AND LOSS lagi nie hahahaha……

Realiti Anak Melayu vs Anak Pendatang Asing Di Bumi Malaysia

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi obama.....erkkkk obamaaaa???? silap....silap....selamat pagi Malaysia tu baru betoi....


Bila tengok cara pekerja asing secara sah atau haram nampak kesungguhan depa bekerja......baik dari Indon, Bangla, Nepal, Vietnam, Myanmar, India dan macam-macam lagi la.......semuanya bekerja sungguh-sungguh walaupun kerja tu berat nak mampuih.....


Tak mustahil satu hari nanti anak-anak muda Melayu kat Malaysia nie bakal jadi pekerja depa lak hahahahaha.......silap2 depa la bos kita 5 - 10 tahun akan datang.....


Apa sebab jadi lagu nie?????? Sory to say la.....mentaliti orang Melayu nie lebih selesa makan gaji sampai pencen terutamanya generasi baru nie......daya usaha nak bersaing tu aku tengok makin hari makin OUT.....lebih cenderung pilih kerjaya hujung bulan cucuk kad atm keluaq duit....


Percaya atau tak Indon, Bangla, Myanmar yang mai ke sini ramai dah jadi tokey......serius aku ckp income depa lagi lebat dari kita semua...belakang kedai aku ada sorang Bangla nie siap dah ada 3  4 biji kedai perabot sendiri bila selidik2 income bulanan paling cikai RM30,000 nett per month....pakai kereta pun dasat......apa dia cakap Malaysia nie lubuk duit tp banyak orang malas.......menyirap gak aku dengaq masa tu.....tapi itulah hakikatnya......


Kat Pasar Borong Selangor leh katakan kat situ Myanmar lak kongker seluruh lot perniagaan......ada sorang Myanmar nie siap pakai kereta HONDA CIVIC TYPE-R baru tu......apa dia buat kerja 3 tahun kat pasar borong kumpul duit lepas tu buka car wash sebijik.....la nie dah ada 4 car wash....siap ada lebih dari 12 org pekerja Myanmar......dengaq cerita nak beli lori lak dahhhhh......kerja dia amik kontrak bawa hasil laut dari Pulau Ketam ke pasar borong.....1 tong tokey tu bayaq upah dalam RM10 - RM20......satu lori leh muat dekat 40 - 60 tong ikan....tu baru sebijik lori punya hasil....bukan buat apa2 pun just pi hantaq ke pasar borong...bayangkan aku ada jumpa sorang tokey cina pasar borong nie ada 10 bijik lori.....kerja dia hantaq ikan ke pasar borong....berapa income cina tu????? Tapi kerja tak gelemer la.....tak dok dalam aircon la hahahaha......


Rasanya Indon lagi ramai yang kaya-kaya kat Malaysia nie....nie realiti bukan fantasi.....tengok ja cikai tp income paling cikai RM10k ke atas.....dok kat umah kongsi, rumah setinggan, dok sewa ramai-ramai....nampak macam bodo...bodo ja......nak tau macam mana Indon mai Malaysia buat duit hangpa cari buku Chef Lee....JUTAWAN SENYAP....dalam tu ada dia cerita mcm mana Indon yang mai dari seberang buat duit.....nampak lekeh tp hakikatnya depa hebat.....


Nie la bezanya orang merantau datang ke negeri orang cari sesuap nasi.....beza sangat ngan orang tempatan yang mengharapkan disuap......usaha tangga kejayaan.....


Kalau diharapkan anak Melayu bangunkan Putrajaya mungkin sampai la nie mungkin baru siap Dataran Putrajaya.....


Kalau diharapkan anak Melayu melangitkan KLCC & KL TOWER mungkin sampai la nie baru naik tapak.....


Kalau diharapkan anak Melayu menimbulkan JAMBATAN KE 2 PULAU dipermukaan air laut di perairan Penang mungkin sampai la nie hanya nampak tapak ja.....


Andainya kita cabut semua pekerja luar nie Malaysia masih sama macam zaman 80an takdak pembangunan.....


Silap2 umah kita beli la nie pun masih dalam keadaan berhutan tak pun masih lagi status tanah pertanian.....


Sampai bila kita nak tengok anak Melayu generasi baru nie jadi lagu nie.....minta maaf kalau aku tulis hari nie agak emotional....but this is reality not fantasy....


Jangan ada yang terasa noooooo.....

Kadar Terlepas Flight KLIA2 Dijangka Meningkat?

<<<PERHATIAN>>>

Ini bukan shopping complex atau shopping mall.....ini adalah AIRPORT KLIA2....aku ngat airport td rupa2nya dah mcm shopping mall....leh la jusco atau mydin buka sekali dalam tu hohohoho......

Dijangkakan kadar peratusan terlepas flight akan meningkat di KLIA2 hahahaha.....sib baik tak macam kat Dubai Airport siap ada panggung wayang....leh kot selit satu TGV ka GSC hohohoho....

Dalam aku dok berjalan-jalan kat sini dalam diam aku bertekad dan simpan azam dalam tempoh kurang dari 5 tahun LAVA GRILL BURGER akan ada dalam KLIA2 dan KLIA.....amin......
Semoga impian dan hasrat jadi kenyataan.......

Friday, 25 April 2014

Kenapa Perlu Simpan Duit Jualan Dalam Bank?

Hari nie nak citer cara penyimpanan duit hasil jualan.....KENAPA PERLU CEPAT-CEPAT SIMPAN DUIT JUALAN DALAM BANK??????

Sebenarnya inilah cara paling terbaik dan berkesan untuk simpan duit hasil jualan dalam bank. Kena amik serius dan jadikan keutamaan bila buat apa2 bisnes pun.....kebanyakkan peniaga nie suka amik ringan pasal nie.....bawa balik duit berkepuk-kepuk ke umah....sebenarnya cara nie tak selamat dan bahaya.....

Bayangkan aku tak simpan duit hasil jualan baru-baru nie....dah tentu lesap semua masa kena pecah umah 2 hari lepas....

Kena jadikan rutin wajib pada seorang peniaga tak kira la syarikat besaq ka kecik ka.....tak kira la juga berapa pun jumlahnya banyak ka sikit ka kena terus masuk dalam akaun bank.....

Tujuan utama adalah untuk keselamatan hasil jualan.....yang kedua adalah untuk memudahkan kita buat catatan duit keluar masuk dalam sistem kiraan cashflow.....yang ketiga dapat mengaktifkan pergerakkan duit keluar masuk dalam akaun syarikat so bank akan nampak aktiviti yang sihat.....lebih2 lagi kalau simpanan dah makin bertambah walaupun ada pengeluaran dibuat.....mudah sikit nak pinjam bank pada masa akan datang.....

Banyak kes yang aku tengok peniaga disamun dan dirompak oleh orang yang terlebih berani nie....kena ngat setiap pergerakkan kita mesti dan pasti akan dilihat oleh mata durjana.....mungkin tak kena sekarang nie akan kena satu masa nanti....

Contoh macam supplier aku dah 3 kali kena samun dan dia alami kerugian paling tertinggi rm100k sbb bawa balik duit ke umah....jangan kita ngat hasil jualan selamat kalau bawa balik ke umah.....sebenarnya bahaya ooooooo......

Nak menyimpan duit hasil jualan pun ada teknik yang patut kita belajaq.....sebagai owner kita tak leh kerap sgt bank in duit jualan dalam rutin yang tetap....tak leh gak bagi rutin tu pada staff.....yang paling ideal cari kenalan paling kita percaya dan amanah 2 - 4 orang.....bayar la sikit kat depa sbb dah tolong kita menyimpan.....

Tujuan buat macam tu adalah untuk mengelakkan dari di hidu oleh penyamun dan perompak nie.....jangan sampai penyamun nie tahu dah la....selalunya depa dah intip peniaga dan semua pergerakkan staff dan ruti yang dibuat....

Kaedah nie dpt mengaburi gerakan hasil simpanan dari pengetahuan orang yang tak ada hati perut nie....

Kena catit setiap kali kita minta orang yang dah diamanahkan utk bank in duit hasil jualan.....tak perlu nak closing sales baru nak bank in silap2 kena tunggu esok sbb dah lepas kul 12mlm.....

Buat 3 pecahan edaran duit hasil jualan pada individu yang berbeza....so diakhir waktu perniagaan jumlah simpan dalam bank dapat ditingkatkan dan baki yang tersimpan masa closing sales rendah....so kalau ditakdirkan musibah berlaku takdak la teruk sgt....

Kebanyakkan kes intipan perompak nie adalah dengan menyamar jadi pelanggan supaya depa dapat tengok secara live pergerakkan kita.....so kena hati-hati.....

Semoga tips ringkas nie dapat membantu hangpa semua....ngat jangan simpan duit jualan kat umah.....

Thursday, 24 April 2014

Kena Pecah Rumah

Hari nie dalam sejarah 10 tahun dok kat Serdang umah aku kena pecah masuk....hilang laptop n bag wife aku ada duit sekolah dalam tu huhuhuhu......dugaan Allah pada aku n wife hari nie.....

Tengah tunggu IO Serdang datang amik gambar....ada kesan cap jari yang aku dah kenal pasti.....semoga penjenayah nie akan mendapat balasan yang setimpal nanti.....tak kat dunia kat akhirat nanti.....tak akan aku halalkan segala yang diamik.....

Yang pentingnya laptop aku tu ada banyak khazanah LAVA GRILL BURGER termasuk paperwork huhuhuhu......

Wednesday, 23 April 2014

Premise Rental & Pemilihan Lokasi Perniagaan Yang Strategi

Salam subuh semua......jangan lupa solat subuh kalau dah terbangun dari tido......hari nie nak citer sikit pasal sewa premise yang ideal & pemilihan lokasi perniagaan yang strategi.....

Ok kita masuk bab sewa premise dulu ek....

Berapa yang kos sewa premise yang hangpa sanggup sewa???? Dah tentunya semurah mungkin kan.....kan....kan.....yang tu dah tentu la....kita yang berniaga nie pasti nak cari sewa yang murah dari budget.....tapi kena ngat sewa yang murah selalunya akan membawa kita ke lokasi yang agak terpencil dan susah untuk orang datang ke situ....tapi jangan la pula gundah gulana....

Ok kita amik contoh kes produk makanan dalam ertikata pengusaha restoran.....kalau produk yang kita nak jual tu dah dapat perhatian dari customer dan dah terbukti makanan dan minuman superbbbb......insyaallah duk pi la kat ceruk mana pun orang tetap akan cari sampai jumpa....kita amik contoh WARUNG BUNIAN.....sapa sangka bisnes nie leh maju sampai nak pi makan pun kena buat tempahan reservation sehari sebelum....tu maknanya apa???? dah tentu masakan depa sedap sampai jadi rebutan orang ramai nak pi try.....hangpa tau tak macam mana lokasi depa????? kalau tak tau nie aku nak habaq mai....lokasi WARUNG BUNIAN nie dok dalam kawasan perkampungan di Pinggir Putrajaya atau lebih tepat lagi kat Kg. Limau Manis......susah tu kalau orang tak biasa kat kawasan tu nak cari.....tp kalau dah nak mencuba takdak hal yang susah pun akan diusahakan juga....itulah penangan kalau produk superbbbbb jadi pilihan ramai.....so lokasi dan premise terpencil pun orang akan tetap cari dan serbu.....

So kita leh andaikan sewa premise dah tentu paling minima....tp kes WARUNG BUNIAN nie premise tu adalah rumah owner tu sendiri.....dah tentu kos sewa elek pocik....ZERO RENTAL.....

Kalau kita nak ikut jejak langkah macam kes nie pun boleh tapi kena make sure produk yang dihasilkan tu menepati citarasa pengguna.....so selesai masalah SALES dan RENTAL....sbb sales dah leh cover rental.....

Jadi rental yang ideal macam mana????? Macam yang aku pernah citerkan dulu sewa yang ideal adalah maximum 10% dari TOTAL SALES sebulan....sebelum nak cari premise utk sewa pastikan buat sikit calculation jangkaan TOTAL SALES yang paling minimum hangpa leh capai.....jangan sesekali nak letak target SALES setinggi gunung-ganang.....yang nie la akan jadi punca kita KE LAUT beb.....

Ramai peniaga tak kira lah dalam apa-apa bidang pun akan hadapi delima pasal rental premise nie.....ada yang tepuk dahi sbb pening nak bayar sewa bangunan sbb sales yang dijangkakan rupanya membawa kita KE LAUT......

Tambahan pula di area Lembah Klang nie dah tentu sewa premise agak tinggi di kawasan strategi....kalau pinggiran Lembah Klang mungkin agak rendah....untuk perusahaan dalam bidang restoran umpamanya CORNER LOT patut dijadikan sasaran pada seorang pengusaha....sebab apa supaya keupayaan untuk menampung jumlah pelanggan dapat dimaksimakan sepenuhnya.....MORE TABLE MORE CUSTOMER & MORE INCOME....

Tapi kena la pastikan produk yang nak dijual tu SUPERBBBBB kalau produk KE LAUT baik tak payah......buat pening kepala ja.....walau macam mana pun leh cuba try test kat kawasan yang menawarkan sewa murah untuk corner lot.....dari situ develop slow slow produk supaya dapat menambat hati para pelanggan....bila pelanggan dah THUMB UP leh la berkira cari lokasi yang lebih strategi.....so takdak masalah waktu tu nak bayar sewa tinggi di lokasi strategi....

Membina keyakinan pelanggan adalah aspek penting dan patut diutamakan oleh semua pengusaha terutamanya pengusaha makanan.....lain lak citernya kalau kita buat trading.....tak kisah la lokasi mana pun yang penting tak menyusahkan client kita nak datang ke opis......katakan kita dapat projek trading ngan government dan syarikat GLC agak-agak la nak pi cari premise murah punya pasai sampai masuk ke kawasan hulu banat cari la lokasi murah yang berdekatan dengan agensi-agensi yang kita berurusan supaya kita pun mudah client kita pun mudah nak datang.....leh sewa lot rumah kedai tingkat atas sekali ka yang sewanya pasti murah dari lot bawah.....

Kita kena minimizekan kadar sewa sebaik mungkin....macam yang aku cakap td calculation jangkaan SALES perlu dibuat seawal mungkin sebelum kita memilih premise mengikut keupayaan kita untuk membayar sewa.....kurang dari 10% dari total sales lagi baik....kalau dpt 5% lagi baguih.....secara tak langsung kita dah berupaya meminimakan kadar pengeluaran cashflow untuk sewa lebih rendah dan kita dapat memaksimakan kadar keuntungan operasi.....

Perlu diingat terutamanya orang yang berniaga produk berasaskan makanan seperti pengusaha restoran.....aku ler salah sorangnyer hahahaha.....ingatan untuk diri sendiri juga.....

Ada lokasi yang menawarkan kadar sewa tinggi seolah-olah kita nampak lokasi tu adalah strategi dengan mengambil kita ada IPTA dan IPTS....jangan terus terjun amik lokasi nie dulu.....kaji sedalam-dalamnya.....mungkin apa yang kita rasa tak sama dengan apa yang mungkin realitinya akan berlaku.....

Peranan sosio-ekonomi persekitaran dan geografi perlu diamik kira lebih-lebih lagi new comer dalam sesuatu industri contohnya pengusaha restoran....kena ngat kita belum berupaya mencipta branding lagi mana mungkin potential customer akan tau kualiti produk....so yang nie kita kena belajaq macam mana WARUNG BUNIAN nie leh tackle isu tarik ramai pelanggan ke lokasi terpencil.....ermmmmmm bukan mudah sebenarnya.....

Sebenarnya feasibility study kemampuan sesuatu kawasan patut kita buat sebelum kita nak berniaga....kalau malas nak buat kita leh amik jalan short-cut sebenarnya......kita leh tengok syarikat-syarikat  atau restoran-restoran tempatan yang telah berjaya membina branding depa sampai ke tahap setanding dengan branding antarabangsa......aku lebih prefer amik contoh 2 jenis branding nie sebegai asas untuk pemilihan lokasi iaitu OLD TOWN & PAPPA RICH......branding lain pun kita leh amik kira gak seperti SECRET RECIPE, COOL BLOG, MOHD CHAN ABDULLAH dan sebagainya....

Kalau hangpa perasan ler kan....di mana lokasi depa buka....di situ la kita patut selit dok sekali ngan restoran depa.......kita jangan amik branding antarabangsa macam McD, KFC, PIZZA HUT, DOMINOS dan sebagainya sbb depa hidup atas tiket pengiklanan komersial.....sbb depa ada duit banyak so takdak hal buka kat mana-mana pun.....orang dah tahu branding depa nie.....

Ini yang aku belajar dari pemerhatian aku bila aku tgk OLD TOWN & PAPPA RICH sebagai contohnya.....apa yang aku nampak lokasi depa nie memang superb......leh tarik ramai pelanggan dengan prasarana dan kemudahan dalam restoran yang selesa dan superb.....

Yang aku nampak peranan seperti nie kita kena amik kira:-

1.) BUYING POWER dalam lingkungan 3km radius

Macam mana kita nak tau tahap dan kemampuan orang disekeliling yang tinggal di kawasan yang kita pilih nie dapat mempengaruhi sumber pendapatan kita kelak.....adakah depa berduit atau tak.....nak tau orang sekeliling tu berduit atau tak tak susah sebenarnya....cuba hangpa tengok dan kaji sendiri beza tak BUYING POWER di area Damansara Utama dengan area Dengkil.....so mana satu pilihan hang....kawasan mana yang hangpa agak-agak mempunyai kuasa membeli paling ideal.....sebenarnya hangpa sendiri dah leh dapat jawapan kan......cuba tanya diri hangpa sebab apa???? Jawapan dia ada kat bawah nie.....

2.) JENIS PERUMAHAN dalam lingkungan 3km radius

Cuba kita bandingkan jenis perumahan di kawasan Damansara Utama dengan Dengkil......jangan marah noooooo orang Dengkil.....aku bagi perbandingan nie supaya senang nak paham.....ok back to analysis.....so jenis perumahan apa yang ada di kawasan tersebut.....cuba kita bandingkan kedua-duanya.....

Ada tak rumah kos rendah sampai ke kos mewah di lokasi kedua-duanya....dan yang pasti kita akan nampak Damansara Utama paling padat dengan semua jenis perumahan dalam radius 3km.....macam mana dengan Dengkil dalam radius 3km.....yang mana paling banyak.....yang aku tau rumah kos rendah dan sederhana.....kalau di Damansara Utama rumah kos mewah sampai la ke kos rendah agak balance dalam radius 3km.....so agak-agak berbeza ke tak di antara kedua-duanya.....pada aku dah semestinya pasti amat berbeza.....dari disitu kita dah leh agak tahap dan kuasa membeli di antara kedua-dua kawasan nie Damansara Utama ada nilaian kuasa membeli lebih tinggi.....

Aspek jenis perumahan nie kita kena tengok betul-betul....sbb di situ kita akan tau secara asas siapa yang akan jadi customer kita nanti.....so aspek nie kena tekan dulu....

3.) JENIS INDUSTRI, PERUSAHAAN, OPIS, SHOPPING COMPLEX, MALL & PREMISE PERNIAGAAN dalam lingkungan 3km radius 

Yang nie pun akan memainkan peranan juga sebab apa kawasan yang ada industri yang besar macam Shah Alam, Bangi, Puchong, Petaling Jaya, Gombak dan Klang adalah kawasan industri dan perusahaan yang besar di area Lembah Klang....amik contoh mudah berapa agak-agaknya pekerja yang bekerja di kawasan Shah Alam nie....dah tentu ramaikan....silap-silap hari bulan dah sama banyak ngan penduduk Putrajaya.....waktu lunch kebanyakkan pekerja-pekerja nie akan keluar dari opis....apa lagi kalau tak makan.....melainkan kalau kilang-kilang nie ada kantin sendiri....tp tepat akan ada yang keluar cari makan kat luar.....bosan ooooo nak mengadap lauk kantin hari-hari......so yang nie pun akan jadi pemangkin untuk generate extra income kalau buka perniagaan pada waktu siang dari pagi sampai la ke petang....lauk campur adalah pilihan utama.....

4.) IPTA dan IPTS

Yang nie pun akan membantu.....pada aku amat-amat membantu.....tp tak leh nak diletakkan pada tahap utama sebab apa....depa nie adalah customer bermusim.....time depa dapat duit PTPTIPU eeeeehhhh silap PTPTN tahap buying power depa pun akan tinggi.....bak kata orang depa akan joli katak hahahaha......jangan marah nooooooo budak-budak IPTA & IPTS.....tp agak penat kalau kita mengharapkan customer bermusim nie lebih-lebih lagi para mahasiswa dan mahasiswi IPTA dan IPTS....kena time depa cuti semester alamatnya sales akan merudum gila-gila.....silap sales leh dpt RM50 hengget ja.....yang nie aku penah tengok sendiri kawan aku berniaga dalam kafe UPM......sales dia dapat sehari RM35 hengget bila student cuti.......kena ngat student IPTA dan IPTS cuti panjang ada 2 kali dalam setahun......pada pengusaha makanan hangpa kena berterima kasih pada student-student nie sebab depa nie la yang banyak membantu membawa imbuhan sales pada peniaga-peniaga makanan.....kita tak leh buat apa-apa bila depa dah cuti....sbb depa pun kena rehat gak.....

Nie la antara 4 elemen yang aku dok perhatikan dari dulu lagi yang akan mempengaruhi sumber revenue sesuatu bisnes berasaskan makanan.....aku citer pasal industri makanan nie bukan apa sbb related dengan apa yang aku buat sekarang nie.....

Sebenarnya aku lebih prefer pada genuine buyer.....iaitu family man dan para pekerja setempat....bonus kalau lokasi dekat ngan IPTA dan IPTS.....sbb apa aku pilih dikalangan mereka yang dah berkeluarga dan bekerjaya.....sbbnya tahap buying power golongan nie adalah consistence....so senang kita nak budget sales dengan golongan nie.....kalau kena ngan kehendak golongan nie kita akan dapat REGULAR CUSTOMER.....secara automatik depa akan mai selalu....

So hangpa leh bayang la sekarang nie lokasi mana paling ideal utk hangpa bertapak......apa yang aku citer nie adalah dari pengalaman dan pengamatan aku selama mula berbisnes dalam industri makanan....untuk industri lain mungkin lain kaedahnya tp masih boleh guna pakai kaedah seperti kat atas tu.......

So takat nie ja aku leh perah otak untuk hangpa baca......kalau ada tambahan apa-apa nanti aku update......ok.....otak pun dah tepu nak kena tdoq sat kul 10am dah nak bangun kena siapkan projek "LUNCH BOX".....

nanti kita citer benda lain lak ek.....chowwwww

23 April 2014 07:25am


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More