TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Tuesday, 15 November 2011

Elak Lintah Masuk Kemaluan

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Tadi aku ada baca kat paper KOSMO pasal isu lintah masuk ke dalam kemaluan. Perghhh ngeri gak dengo hehehehe. Jangan tak caya lak benda nie boleh berlaku dan pernah berlaku. Selalunya berlaku time banjir. Yang kerap kena adalah kanak-kanak dan remaja perempuan.

Jadi nasihat yang dikeluarkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan seperti artikel kat bawah nie adalah bagus untuk diketahui umum. Agar semua ibu bapa akan amik perhatian serius supaya perkara macam nie tak berlaku. Harap ibu bapa awasi anak-anak mereka baik lelaki atau perempuan.

Kalau dah masuk lintah dalam badan alamat nyer ke hospital ler. Kan masa dulu-dulu ada citer drama kat TV pasal nie. Perempuan tak kahwin pregnant akibat lintah masuk ke dalam kemaluan. So perut membusung macam orang pregnant. Sekali yang keluar lintah daaaaa. Itu citer ler tapi ada logik nyer.

Tak sangka lak kat Kelantan tahun lepas jer ada 13 kes pasal lintah masuk dalam kemaluan. Jadi kalau kawasan korang terlibat dengan banjir amik perhatian yer. Awasi anak-anak atau adik-adik korang dari bermain air banjir sebab kita tak tahu apa yang ada kat dalam air banjir tu.

Oklah korang baca berita dari KOSMO kat bawah nie yer.


KOTA BHARU – Pelajar perempuan di negeri ini dinasihatkan supaya tidak 'ghairah' bermain dan mandi air banjir bagi mengelakkan berulangnya kes lintah memasuki alat sulit seperti yang dilaporkan tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri Hussain Awang berkata, pada musim banjir tahun lalu, seramai 13 orang pelajar perempuan di negeri ini yang bermain dan mandi air banjir telah dimasuki lintah dalam alat sulit mangsa.

“Jadi saya ingin menasihatkan pelajar perempuan supaya tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian serupa berulang kerana ia boleh mengancam nyawa mereka akibat pendarahan dalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam.

Terdahulu beliau bersama pegawainya serta pegawai perhubungan awam HPRZ II, Zaid Ahmad meluangkan masa melawat tiga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terpakasa mengambil peperiksaan di hospital akibat masalah kesihatan.

2 Comments
Comments

2 comments:

bahaya...takot die beranak sekali ke..eeee :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More