TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Tuesday, 18 October 2011

Gambar Bayi Malang Yang Dikelar Di Bilik Asrama

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Adakah ini gambar bayi malang dan dibunuh kejam????


Sedih dan terkilan bila aku baca artikel kat bawah nie pasal seorang bayi dikelar hidup-hidup oleh seorang remaja perempuan berusia 16 tahun. Sungguh kejam dan tragis. Seorang bayi yang tidak bersalah ditamatkan riwayatnya kerana kekasih tidak mahu bertanggungjawab dengan bayi yang dilahirkan.

Bagaimana seorang pelajar yang melahirkan anak sendiri sanggup dan tergamak mengambil nyawa bayi nya sendiri atas alasan kekasih gelapnyer tidak bertanggungjawab. Adakah nilai nyawa manusia sudah tidak berharga atau ternilai? 

Aku sendiri rasa terkilan dengan tindakan gadis ini. Aku paham dia tertekan dengan keadaan yang dialami. Tapi jangan ler sampai sanggup bertindak kejam. Jangan diulangi kesilapan lampau. Berfikir lah dengan waras. 

Aku yakin kat luar sana ramai pasangan berkahwin yang belum memperolehi anak sanggup untuk menjaga dan memberikan perlindungan pada bayi ini. Bayi ini tidak bersalah dalam hal nie. Aku sendiri dah 8 tahun kahwin belum memperolehi anak agak terkilan bila dengar berita macam nie. Sungguh tragis dan tidak berperikemanusiaan. 

Harap pihak berwajib amik tindakan bukan saja pada gadis ini tapi pada lelaki yang jadi penyebab kehamilan pada gadis tersebut. Laki ini perlu dihadapkan ke muka pengadilan agak dikenakan tindakan sewajarnya. Kerana dia satu nyawa dah melayang. 

Beringatlah wahai adik-adik sekalian. Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu kekasih hati anda. Seronok hanya sekejap sengsara pasti berpanjangan. Ingat-ingatlah wahai gadis-gadis diluar sana.
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

2 Comments
Comments

2 comments:

aduhh..sedih nyerr..napa la bunuh budak nie..

cari emaknye.....kate kan padenye...dolok wa'tu mbuat nye..cammane gak....dah bayinye laher tak maok miare...kalok laki kau tak maok tanggongjawab...kao lah yang meliharenye....dasar ibles bah kao ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More