TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Monday, 31 October 2011

Video Tragedi Keretapi Langgar Lori Minyak Di hadapan Airport Kota Kinabalu KKIA Sabah

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Tadi aku dapat sms dari kawan aku di Kota Kinabalu Sabah. Dikhabarkan berlaku perlanggaran antara sebuah keretapi dan sebuah lori minyak sehingga berlaku satu kebakaran besar. Aku difahamkan setakat nie 18 orang maut dalam tragedi tersebut. Walaubagaimanapun aku tak dapat nak sahkan jumlah kemalangan jiwa secara rasmi. Nanti kita tengok kat dalam Buletin Utama. 







Gambar Khairul Fahmi Dan Dahlia Teck Bersosial + Minuman Arak

Sekarang nie tengah tersebar gambar Khairul Fahmi a.k.a Apek dan Dahlia Teck kat satu majlis yang agak sosial. Siap ada air kencing setan lagi tu. Perghhhhhhh!!!!! Aku pun tak paham dengan budaya budak-budak zaman sekarang nie. Aku hanya mampu cakap maybe orang lain yang minum. Korang tengok ler sendiri.

Sunday, 30 October 2011

Puteri Sulung (Erni Dekritawati Yuliana Buhari) Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya Bertunang Malam Ini

Tahniah buat Erni Dekritawati Yuliana Buhari & Kamarulazlan Mohamad Hanafiah. Selamat Bertunang.



GOMBAK: Majlis pertunangan Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26, atau lebih dikenali sebagai Rita malam ini, dibuat secara tertutup dengan jemputan hanya di kalangan keluarga atau kenalan rapat.

Ini kerana ramai jiran yang tinggal berhampiran kediaman itu tidak tahu menahu perkara itu, sebaliknya merasakan ada majlis tertentu di kediaman Rita berikutan beberapa khemah dipasang dalam pekarangan rumahnya.

“Entahlah, mungkin majlis pertunangan Rita... sebab kalau nak kata majlis arwah untuk emaknya rasa macam dah lama berlalu,” kata seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, sebaik ditanya mengenai kehadiran kanopi putih rumah jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya itu.

Yang pasti, katanya, dia tidak menerima sebarang jemputan.

“Saya rasa majlis itu (pertunangan) terlalu peribadi dan majlis keluarga, jadi ia diraikan secara tertutup. Setakat ini saya hanya nampak keluarga dan rakannya,” katanya yang tinggal berhampiran rumah jutawan terbabit.

Seorang buruh yang hanya mahu dikenali sebagai Hasan dan bekerja berhampiran pula berkata, dia hanya nampak lori keluar masuk tetapi tidak pasti majlis yang diadakan.

“Saya cuma nampak lori bawa kerusi dan meja, tetapi tak tahu apa tujuannya.

“Sejak dua lalu, saya nampak kereta adiknya dikeluarkan bagi memberi laluan kepada lori memunggah barang,” katanya.

Sementara itu, peniaga gerai, Arifin Mohd Nor, 52, berkata dia juga tidak mendengar perkhabaran bahawa Rita bakal bertunang.

Katanya, tiada yang luar biasa dengan rutin Rita, malah menurut beberapa kariah masjid berhampiran, tiada jemputan atau berita mengenai pertunangan akan diadakan.

Friday, 28 October 2011

Sejarah Piala Malaysia

Sabtu nie 29 October 2011 jam 8:00 malam satu lagi detik bersejarah dalam kancah arena bola sepak tempatan. Di mana Terengganu akan berentap dengan Negeri Sembilan. Siapakah yang akan menjadi juara yang layak untuk membawa pulang Trofi Piala Malaysia yang gemilang.

Tahniah buat kedua-dua team berjaya melayakkan diri ke final Piala Malaysia. Yang pasti game Sabtu nanti akan jadi game sengit bagi kedua-dua pihak. 

Tahukan korang semua sejarah bagaimana bermulanya Piala Malaysia? Hari nie aku nak kongsi ngan korang semua satu lagi lakaran sejarah arena bola sepak tempatan. 

Korang leh baca kat bawah nie yer. Selamat berinformasi.

Sejarah Bola Sepak Malaysia

Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Ia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921 pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah hampir mencecah 90 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air.

Sejarah Piala dan Kejohanan

Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an dimana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Ketika itu perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan dibahagian masing-masing. Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil semperna nama kapal perang HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948. Pada tahun 1967 piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia. Tidak lama kemudian, pasukan dari borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala Malaysia. Namun pada tahun 1995 Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malysia. Ini kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir. Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor FC. Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini adalah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 32 gelaran dan 16 kali naib juara. Manakala Kelantan merupakan juara terbaru yang merupakan piala Malaysia yg pertama bagi mereka.

Era Kejohanan

Piala Malaya

1921 - 1932: Selangor vs Singapura

Perlawanan akhir pertama telah diadakan di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur yang kini menjadi Dataran Merdeka pada 1 Oktober 1921. Ia melibatkan pertemuan sulung antara juara wilayah selatan, Singapura dengan juara wilayah utara, Selangor. Perlawanan dimenangi oleh Singapura dengan jaringan 2 berbalas 1. Perlawanan akhir juga telah dijalankan pertama kali di Stadium Jalan Anson, Singapura pada 1925. Sepanjang tempoh Piala Malaya dipertandingkan, Selangor dan Singapura bertemu diperlawanan akhir hampir setiap tahun. Hanya tiga pasukan sahaja telah memenangi piala ini termasuk Perak.

Piala H.M.S. Malaya

1933 - 1941: Selangor vs Singapura II

Singapura masih lagi menjadi wakil selatan manakala terdapat beberapa pasukan baru mewakili wilayah utara. Namun Selangor dan Singapura masih lagi bertemu diperlawanan-perlawanan akhir dibawah piala baru iaitu Piala HMS Malaya. Kedah dan Pulau Pinang berjaya menempatkan diri pada perlawanan akhir namun tewas kepada Singapura. Kedah layak pada tahun 1940 manakala Pulau Pinang pada 1934 dan 1941. Kerancankan Piala HMS terpaksa dihentikan apabila perang dunia kedua meletus dan merebak ke semenanjung Malaysia.

1948-1966: Saingan Empat Negeri

Pasukan-pasukan utara mula menunjukkan kebangkitan pada masa yang sama Selangor dan Singapura masih lagi memberi saingan. Pulau Pinang dan Perak seolah-olah mendapat semangat untuk menjadi kuasa bola sepak tanah air baru setelah perang berakhir. Negeri Sembilan menjuarai buat pertama kali dan edisi awal selepas tamat perang pada 1948. Perlawanan ulangan terpaksa dijalankan setelah terikat dengan Selangor. Selang setahun selepas itu kejutan berlaku apabila pasukan bukan status negeri iaitu Tentera telah layak ke Piala Malaysia sebelum tumbang pada Selangor dan sekali lagi pada 1966. Namun tewas juga pada pasukan Selangor. Pulau Pinang mejuarai sebanyak tiga kali pada 1953, 1954 dan 1958 serta menjadi naib juara pada 1950,1952 dan 1963. Perak juga layak ke perlawanan akhir tiga kali berturut-turut pada 1959, 1960 dan 1961. Meskipun tewas ketiga-tiga perlawanan, Perak berjaya juga mencipta nama sebagai juara Piala Malaysia pada 1957 sebagai pasukan pertama memenangi piala idaman tersebut di Stadium Merdeka, gelanggang baru Piala HMS Malaya. Pasukan dari pantai timur, Kelantan berjaya melangkah ke perlawanan akhir akan tetapi tewas pada tangan Singapura.

Piala Malaysia

1967-1979: Selangor Gagah, Singapura Tenggelam

Piala baru diperkenal dengan nama Piala Malaysia menggantikan Piala HMS Malaya dan Perak sekali lagi menjadi pasukan pertama memenangi piala baru tersebut. Selangor terus memperkukuhkan status sebagai pasukan yang paling digeruni sepanjang tempoh ini dengan memenangi 9 Piala Malaysia dari 13 perlawanan akhir. Nasib berbeza terhadap Singapura kerana hanya menjuarai sekali pada tahun 1977 setelah lima kali mencuba. Kekebalan Selangor didorong oleh beberapa pemain berkaliber negara ketika itu. Antaranya Allahyarham Mokhtar Dahari, Santokh Singh, mendiang R. Arumugam, Soh Chin Aun, Chow Kwai Lam , Hanafiah Ali dan beberapa pemain lain. Kekuatan pemain-pemain ini disetiap posisi padang telah menaikkan nama Selangor diarena bolasepak tanah air. Hanya pasukan Terangganu sahaja merupakan pasukan baru yang muncul pada perlawanan akhir pada 1973.

1980-1989: Beberapa Juara Baru

Pahang berjaya medapat Piala Malaysia pada tahun 1983 setelah menewaskan Selangor. Tetapi Selangor membalas dendam keatas Pahang setahun berikutnya. Johor juga berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir dan memenanginya buat kali pertama keatas pasukan yang juga pertama kali melangkah perlawanan akhir iaitu Kuala Lumpur. Paling unik yang dapat dilihat ialah Kuala Lumpur menjuarai Piala Malaysia secara "hat-trick" pada 1987, 1988 dan 1989 dimana mereka menumbangkan musuh yang sama iaitu Kedah. Abdul Rashid Hassan, Serbegeth Singh dan Mat Zan Mat Aris merupakan tonggak penting dalam skuad wargakota pada ketika itu. Walaupun tewas tiga kali berturut pada Kuala Lumpur, Kedah berjaya merangkul Piala Malaysia setahun kemudian.

1990-1999: Selamat Tinggal Singapura

Kedah akhirnya merangkul Piala Malaysia apabila menewaskan Singapura pada 1990 manakala Johor berjaya membalas dendam keatas Selangor pada kekalahan mereka 1986. Trio pemain import Johor yang cukup terkenal ketika itu ialah Ervin Boban, Abbas Saad dan Alistair Edwards. Pahang juga tidak melepaskan peluang membawa pulang Piala Malaysia pada tahun berikutnya setelah menafikan Kedah untuk menjuarai kali kedua. Namun berita paling mengejutkan ialah penarikkan diri oleh pasukan Singapura dari kancah bola sepak Malaysia. Setelah 70 tahun lebih mencipta kejayaan dalam Piala Malaysia, Singapura tidak lagi sebagai pesaing mahupun pencabar bermula tahun 1995. Keputusan dibuat setelah terdapat beberapa perkara yang tidak dipersetujui oleh kedua-dua pihak antara Persatuan Bolasepak Singapura dengan Persatuan Bolasepak Malaysia. Namun, Singapura berjaya memenangi Piala Malaysia yang terakhir bagi mereka pada 1994 sebagai kenangan. Selangor memenangi "hat-trick" pada 1995, 1996 dan 1997. Ini merupakan "hat-trick" kali ketiga bagi Selangor. Azman Adnan, Rusdi Suparman, Chris Kiwomya dan Alexander Freeman antara pemain yang memainkan watak utama dalam kejayaan Selangor. Pada tahun 1998, Piala Malaysia dilangsungkan di Stadium baru iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Perak sekali lagi mengukir nama sebagai pasukan pertama memenangi piala tersebut selepas menewaskan terengganu. Brunei menutup abad ke-19 dengan menjuarai Piala Malaysia untuk pertama kali di mana perlawanan akhir yang pertama melibatkan kedua-dua pasukan adalah dari Borneo. Kejayaan Brunei juga menyaksikan Stadium Merdeka digunakan untuk kali terakhir bagi venue akhir Piala Malaysia.

2000-Sekarang: Permulaan Alaf Baru yang Seimbang

Perak yang terkenal memenangi sesuatu yang baru, terus melakukannya apabila berjaya mendakap Piala Malaysia yang pertama di abad ke-20 setelah menewaskan Negeri Sembilan. Hasrat Terengganu juga akhirnya tercapai merasai Piala Malaysia selepas menunudukkan Perak pada 2001. Selangor masih bermaya dengan merangkul dua Piala Malaysia pada 2002 dan 2005. Pada tahun 2005 tersebut, Selangor menjuarai tiga kejohanan iaitu, Piala FA, Liga Perdana dan Piala Malaysia. Perlis juga berjaya menempatkan nama sebagai pasukan yang telah memenangi Piala Malaysia pada 2004, 2006 dan 2005 sebagai naib juara. MPPJ FC menjadikan kelab pertama memenangi Piala Malaysia setelah menundukkan Sabah. Kini, Kedah mencipta sejarah sebagai pasukan pertama memenangi ketiga-tiga piala selama dua musim berturut-turut. Mereka merangku Piala Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada 2007 dan 2008.


SUMBER

Siapa Juara? Saksikan Live Streaming Final Piala Malaysia 2011 @ SSA (29.10.2011) - Terengganu vs Negeri Sembilan




Match date:
Sabtu, 29 October 2011

Time:
20:00 Malam

Venue:
Stadium Shah Alam, Selangor

Prediction:
Terengganu (2) - Negeri Sembilan (1)



SIAPAKAH BAKAL BERGELAR JUARA PIALA MALAYSIA 2011????

Thursday, 27 October 2011

Cuba Teka Berapa Orang Dalam Video Nie?????

Kalau korang terer meh teka berapa ramai orang ada dalam video nie hehehehehe.

Akhirnya Abby Abadi Putus Cinta Dengan Zul Ariffin

Nampaknyer takder jodoh antara Abby Abadi dan juga Zul Ariffin. Pada pandangan peribadi aku bukan mudah sebenarnya lelaki bujang nak terima pasangan berumur dari dia. Lebih-lebih lagi pulak si wanita tu berstatus ibu tunggal dan punyai anak-anak.

Bukan senang dowh. Apa-apa pun Abby Abadi kena ler terima hakikat sebenar. Semoga dia tabah hadapi dugaan. So apa lagi Abby dah solo tu taknak mengorat ke hehehehehe.


Setelah menyepikan diri akibat dilanda tekanan sejak akhir-akhir ini, pelakon wanita terkenal, Abby Abadi mengaku putus cinta dengan Zul Ariffin, pelakon lelaki yang pernah berganding dengannya di dalam drama bersiri popular, Gerak Khas.

Menurut Abby, meskipun dia sangat menyayangi Zul, hubungan antara mereka terpaksa berakhir dengan perpisahan atas beberapa sebab yang enggan dijelaskan.

“Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu… Tp keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah…. nmpknya tak menyebelahi kami. Berat sgt Sy nk share kan hal ni sebenarnya, …. tp, takpelah….. Biar Zul happy dgn kehidupan dia skrg.

“Sebab apa kami tak buleh lg berdua, biar Sy simpan jer. Yg pasti, Sy tumpang gembira dgn apa yg dia ada Mungkin dia tak sedar yg Sy ni selalu ada di sebelah dia selama ni. ,” kata Abby di blog rasminya, absolulutelyabbyabadi.blogspot.com.

Menceritakan mengenai hubungannya dengan pelakon lelaki kacak itu, Abby memberitahu bahawa dia mula rapat dengan Zul sejak tiga tahun lepas selepas berpisah dengan bekas suaminya, Norman Hakim, yang ditangkap basah dengan pelakon baru, Memey, ketika itu.

Menulis mengenai kenangan awal perkenalan mereka itu, Abby tidak dapat menafikan bahawa Zul mendapat banyak sokongan darinya sehingga pada satu ketika bekas teman lelakinya itu pernah dikenali sebagai “Zul Abby”.

“Walaupun mgkn kalau tiada Sy pun, dia buleh dpt apa yg dia nk, tp dah tertulis…. kehadiran dia dlm industri ini mmg awalnya dikenali dgn nama ‘Zul Abby’,” cerita Abby lagi.

Pada Abby, Zul memang punya potensi besar di dalam bidang lakonan dan mengaku bahawa dia merupakan peminat setia pelakon kacak tersebut.

“Ikhlas dr hati, sememangnya Zul berbakat besar, sgt ‘cepat belajar’ & lakonannya, Sy sendiripun ‘rasa’ & ‘suka’. Byk dah drama2 lakonan dia yg mendapat perhatian. Ye kan? Sy peminat setia ‘Zul Ariffin’ skrg,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, di sebalik kesedihan atas ‘kehilangan’ itu Abby masih mendoakan agar Zul bahagia dengan hidupnya dan tidak segan silu untuk mencari bekas penyanyi kumpulan Elite itu sekiranya punya sebarang masalah pada masa akan datang.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Wednesday, 26 October 2011

Muka Cantik Belum Tentu Baik??? Meh Tengok Video

Adoiiiii harapkan muka jer cantik tapi dalaman hancur. Naper ler sanggup jadi pencuri ek. Pelik gak nie. Kan dah WANTED. Korang nilai ler sendiri.

Alamak Kawasan Aku Kena Serangan Roket!!!!


Hehehehehe seperti tahun-tahun sebelum nyer mana-mana perayaan di Malaysia tepat pukul 12.00 tengah malam akan berkumandang lah pesta letupan KEBABOOOO di sana sini. 

Sekarang nie kat tempat aku sekitar area Seri Kembangan tengah berperang dengan bunyi mercun dan pelbagai jenis bunga api yang hebat-hebat. Dah macam tahun baru lak hehehehe.

Itulah kemajmukkan masyarakat Malaysia. Semoga mereka yang bermain dengan bunga api dan mercun berhati-hati yer. Jangan sampai memudaratkan diri dan orang lain termasuk harta benda.

Kepada yang ada anak-anak kecil tu kalau dah nangis-nangis pujuk diaorang yer hehehehehe. Tempoh berperang nie tak lama jap lagi tamat ler.

JOM MAIN MERCUN hehehehehe.

Aku mengambil kesempatan ini mengucapkan HAPPY DEEPAVALI kepada seluruh masyarakat India di Malaysia. Semoga perayaan kali ini penuh bermakna pada anda semua.

HAPPY DEEPAVALI

Tuesday, 25 October 2011

Faezah Elai Bergaduh Dengan Ex-Wife Suami Dia

Perghhhhhh gaduh lak dah.....tengah kecoh sekarang nie pasal Faezah Elai mula bertikam lidah dengan Ex-Wife suami dia.....apa citer ler korang nie ek.....suka hati korang lah yer....semoga berbahagia.....layannnnnn....



Berkenaan satu twitter yang dikeluarkan oleh Faezah Elai, dia telah mengugut bekas isteri suaminya, Hekyal Hanafiah untuk memaparkan kepada semua gambar barang-barang pemujaaan dan menghisap rokok sambil menyusukan anak. Ia adalah tindak balas spontan selepas bekas isteri Heykal mengemaskini status Facebooknya seperti di bawah.

Melampau tindakan Faezah ini? Anda tentukan. Sebagai nota, Faezah Elai pernah digosipkan gugurkan kandungan, gosip perampas suami orang, menafikan kenyataan Azad Jazmin, merahsiakan pasangan & merahsiakan tarikh perkahwinan. Kenape orang baik banyak gosip? Baik ke?

Cinta Muka Buku Vs Cinta Muka Bulu

Korang tengok ler hahahahaha lawak seh......nak lagi best buka dua-dua video serentak......

NAJWA LATIFF (CINTA MUKA BUKU)


CINTA MUKA BULU

Monday, 24 October 2011

Ducati Monster 795 RM59,900 Bila Aku Leh Beli Ek?????

Bila ler aku leh pakai moto macam kat bawah nie ek. Memang terbaik!!!!!!



Specification:
Frame: Tubular chrome moly steel trellis, casted aluminium subframe
Wheelbase: 1450 mm (57.1in)
Rake: 24
Rear swingarm: Double sides swingarm
Front suspension: Marzocchi 43mm upside-down forks
Front wheel travel: 120mm (4.7in)
Front wheel: 3-spoke light alloy 3.50 x 17
Front tyre: 120/60 ZR 17 Pirelli Angel ST
Rear suspension: Progressive linkage with preload and rebound Sachs adjustable monoshock
Rear wheel travel: 148mm (5.8in)
Rear wheel: 3-spoke light alloy 4.50 x 17
Rear tyre: 160/60 ZR 17 Pirelli Angel ST
Front brake: 2 x 320mm discs, 4-piston radial calliper
Rear brake: 245mm disc, 2-piston calliper
Fuel tank capacity: 15 l (3.8 US gal) / 13,5 l (3.6 US gal) ABS version
Dry weight: 167kg / 169 kg ABS version
Instruments: Digital unit displaying
Warranty: 2 years unlimited mileage
Body colour (frame/wheel): Red (red / black) - Arctic white silk (red / black) - Diamond black silk (red / black)
Versions: Dual seat
Seat height: 770mm (30.3in)

Engine Type: L-Twin cylinder, 2 valve per cylinder Desmodromic, air cooled
Displacement: 803cc
Bore x Stroke: 88 x 66mm
Compression Ratio: 11:01
Power: 64kW - 87 CV @ 8250 rpm
Torque: 78 Nm - 8 kgm @ 6250 rpm
Fuel injection: Siemens electronic fuel injection, 45mm throttle body with stepper motor
Exhaust: Lightweight 2-1-2 system with catalytic converter and twin lambda probes
Transmission Gearbox: 6-speed
Ratio: 1=32/13 2=30/18 3=28/21 4=26/23 5=22/22 6=24/26
Primary drive: Straight cut gears; Ratio 1.85:1
Final drive: Chain; Front sprocket 15; Rear sprocket 39
Clutch: APTC wet multiplate with hydraulic control
Emissions Standard: Euro 3

Makanan di Restoran 1 Malaysia Hanya Murah Untuk Najib

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia semua. Aku nak share ngan korang satu artikel dari Milo Suam pasal Restoran 1Malaysia. Nampaknya ramai tertipu seh ngan Restoran nie. Cakap tak serupa bikin. Betul ker????? Nak tahu korang baca kat bawah nie yer.

DALAM artikel yang lalu, ReJaM© ada timbulkan isu harga makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia yang tak konsisten sehingga menimbulkan kemarahan pelanggan yang rasa tertipu rujuk sini [Restoran 1 Malaysia].

Kali ini mari kita bandingkan secara lebih terperinci harga makanan yang dimakan oleh Perdana Menteri berbanding rakyat biasa seperti ReJaM© di Restoran Rakyat 1 Malaysia tersebut.

Di bawah ini makanan yang ReJaM© makan tempoh hari di Restoran Rakyat 1 Malaysia iaitu nasi putih dengan lauk daging dan telur. Kalau dilihat, lauk ini jauh lebih sedikit dan murah berbanding lauk yang dimakan oleh Najib.


Di bawah ini pula harga yang perlu dibayar untuk makanan yang ReJaM© makan di atas iaitu RM5.70. Lihat bil di bawah ini nasi campur RM4.50 dan Teh O Ais RM1.20.


Bandingkan pula makanan yang diambil oleh Perdana Menteri tempoh hari iaitu nasi putih, ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom. Tapi Perdana Menteri hanya perlu membayar RM4.00.


Maka jelas di sini 1 Malaysia adalah gagasan Najib Tun Razak, maka harga makanan di Restoran 1 Malaysia hanya murah untuk Najib sahaja bukan untuk rakyat. Eloklah nama restoran ini ditukar kepada "Restoran Najib 1 Malaysia".

ReJaM© "Kena jadi Perdana Menteri baru dapat makanan murah..."

Sumber dari Milosuam.

Sunday, 23 October 2011

Marco Simoncelli Mati Kemalangan MotoGP Malaysia Dibatalkan



SEPANG: Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan, demikian diputuskan oleh penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports. 

Pembatalan acara MotoGP dibuat selepas kemalangan membabitkan penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli. - 

BERNAMA

LIVE STREAM : Manchester United vs Manchester City 23 October 2011 BPL





Formations:


Match date:
Sunday, 23 October 2011

Time:
12:30 BST local time, 20:30 (GMT +8)

Venue:
Old Trafford

Prediction:
Manchester United (2) - Manchester City (1)



Manchester City Probable Starting Line-up (4-4-2):
Hart, Kompany, Richards, Clichy, Zabaleta, K Toure, Nasri, Hargreaves, Johnson, Y Toure, De Jong, Milner, Barry, Silva,Kolarov, Lescott, Savic,  Balotelli, Dzeko, Aguero, Pantilimon.


Manchester United Probable Starting Line-up (4-4-2): 
De Gea, Lindegaard, Amos, Smalling,Park, Young, Berbatov,Fabio, Evans, Ferdinand, Vidic, Jones, Evra, Valencia, Nani, Anderson, Carrick, Fletcher, Giggs Diouf, Hernandez, Owen, Rooney, Welbeck.

Other Match Today:





14:30 Arsenal - Stoke City
14:30 Fulham - Everton
14:30 Manchester United - Manchester City

Saturday, 22 October 2011

Jangan Tengok Aksi Awek Terlampau

Jangan tengok aksi awek terlampau!!!!!!


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Kan aku dah cakap jangan tengok hahahahahaha.....jangan marah yer

Friday, 21 October 2011

Bantuan Anda Amat Diperlukan (Sumbangan Ikhlas)


Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia semua. Hari nie aku ada permintaan dengan korang semua untuk buat entry khas bagi memohon bantuan berbentuk sumbangan ikhlas. Boleh ker korang tolong nie. Takder paksaan ok. Kalau sudi leh ler sama-sama membantu insan yang sedang dihimpit kesusahan. Hari nie hari mereka esok lusa maybe hari kita lak kan.

Aku dapat berita nie pun dari blog BEN ASHAARI. Nak tahu lebih lanjut leh tengok kat blog Adzriel.

Selamat Pengantin Baru Yasmin Hani Richardson & Sha’arin Mohammed Razali Wong

Jap tadi aku dapat email dari kawan. Dengan ini Yasmin Hani Richardson sah bergelar seorang isteri kepada Sha’arin Mohammed Razali Wong. Selamat pengantin baru dari Dezaman Cottage. Semoga ikatan pernikah ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Dengan sekali lafaz, Yasmin Hani Richardson kini bergelar isteri kepada Sha’arin Mohammed Razali Wong setelah diijabkabulkan oleh Ustaz Abdullah Bin Hashim selaku jurunikah di Duchess Place Jalan Ampang, tepat jam 3:45 petang tadi.

Rombongan pihak pengantin lelaki telah membawa tujuh dulang hantaran yang disertakan mas kahwin sebanyak RM80.00 dan duit hantaran sebanyak RM32000. Tujuh dulang hantaran tersebut ialah sebentuk cincin, sirih junjung, beg, set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.

Pihak Yasmin Hani membalas dengan sembilan dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, sirih junjung, seutas jam tangan, set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran.

Kedua-dua mempelai telah memilih warna putih yang telah diilhamkan oleh Qamilla dan ditatarias oleh kenalan rapat pasangan pengantin yang dikenali Chot (Tengku Putra Iskandar Tengku Othman). Beliau juga dipertanggungjawabkan menatarias pasangan pengantin semasa persandingan nanti.

Singgahsana nikah yang serba indah ini telah direka dan diilhamkan oleh Prof. Mohd Ali atas keinginan dan kesepakatan kedua mempelai.



AWAS!!!! Pemilik Kereta MyVI Anda Wajib Tengok

Mudahnyer bateri kereta MyVI nie kena cilok yer. Tak caya korang tengok ler.

Video Gaddafi Terbunuh

Korang layan lah yer.


Thursday, 20 October 2011

Gambar Jenazah Gaddafi Tidak Rasmi

Tadi aku terbaca kat AFP, Reuters dan juga forum luar negara pasal kematian Gaddafi. Tak tahu ler kesahihan berita nie. Ada gambar menunjukkan Gaddafi dipapah dengan berlumuran darah. Korang tengok ler sendiri yer.




NTC vice-chairman Abdul Hafiz Ghoga confirms that Col Gaddafi is dead - Reuters.


A gold-plated gun, said to have been owned by the former Libyan leader, has been brandished by those who say he has been captured.

The hunt for Colonel Gadaffi appers to be over. Here is how it unfolded...

22 August 2011: Gadaffi goes on the run after rebels overrun his Tripoli base. He is believed to have been in hiding in a bunker underneath the city since air strikes began

23 August: A search of the fortified Bab al-Aziziya compound finds no sign of him
Advertisement >> 

24 August: SAS fighters dressed in Arab civilian clothing are said to be flushing out tunnels beneath Tripoli in the hunt for the dictator.

24 August: Gaddafi is offered exile in the landlocked west African country of Burkina Faso

24 August: Gaddafi is said to have escaped to a farm outside Tripoli after chickens are heard squawking in the background of a defiant taped message broadcast by Libyan TV.

26 August: Gadaffi is reportedly sighted in Libya, arriving in a saloon car for a meeting with his son Khamis. The Colonel is transferred into a convoy of Kand Rovers, reportedly heading for the southern desert town of Sabha.

28 August: Rebels take the farm but find no sign of the deposed leader.

29 August: Rumours say Gadaffi has crossed into Algeria long with his wife, daughter and two sons, but they are denied by forces loyal to him.

30 August: Gadaffi is rumoured to be organising counter-attacks from Bani Walid, a town south east of Tripoli

1 September: In a speech marking the 42nd anniversary of his coming to power, Gaddafi claims to be still in Libya and urges supporters to fight on.

2 September: Gadaffi is seen leaving Bani Walid after a battle in which his son Khamis is reportedly killed.

6 September: A convoy carrying Gadaffi loyalists is seen crossing from Libya into Niger, but the Colonel is not among the passengers.

6 September: Reports claim Gadaffi has been sighted in Burkina Faso, but they are denied

7 September: The dictator is said to be heading for Libya's southern borders with Chad or Niger.

11 September: Niger says Gadaffi's son Saadi is in the country but confirms Gadaffi is not.

28 September: The NTC are moving from oasis to oasis, acting on tip-offs that Gaddafi is roaming the desert, protected by Tuareg fighters.

29 September: Military commander Hisham Buhagiar says Gadaffi is hiding near Ghadamis, near the borders with Algeria and Tunisia

12 October: The hunt for Gadaffi focuses on Sirte after his son Mo'tassim is captuted trying to escape from the city

20 October: NTC fighters complete the capture of Sirte and find and reportedly kill Gadaffi

Bila Dah Demam


Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. Dah beberapa hari nie aku jarang-jarang update blog nie. Rasa malas yang amat sangat nak update blog. Bukan apa nie masuk hari nie dah 3 hari aku demam agak teruk. Dah lama sebenarnya aku tak demam weh hehehehe. Selalunya kalau aku kena demam confirm teruk macam sekarang nie. 

Habis deria makan aku out hehehe. Makan apa-apa pun semua nyer takder rasa. Payau jer mulut. Alhamdullilah sekarang nie demam pun dah makin kebah. Harap aku cepat sembuh hehehehe. Banyak keje-keje lain tertangguh yang perlu aku selesaikan.

Kalau korang rasa nak demam ke cepat-cepat gi ke klinik amik ubat. Jangan tangguh-tangguh lagi yer. Sekarang nie macam-macam penyakit ada dowh. Persekitaran rumah pun kena rajin-rajin tengok gak yer. Mana tahu nyamuk aedes dah bersarang ker lagi naya ooooo. Tak pasal-pasal kena denggi lagi parah. 

Oklah aku nak rehat jap. 

Wednesday, 19 October 2011

Najib Jemput Peminat Bola Sepak Tonton Perlawanan Ahad Ini Di Seri Perdana

Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak ajak semua peminat bola sepak join dengan beliau untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Manchester City kat Seri Perdana Putrajaya Ahad nie.

Kalau korang berminat nak join leh register kat bawah nie. Teringin gak nak masuk ke Seri Perdana mesti ramai peminat bola sepak akan join hehehehe. 

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengajak para peminat bola sepak untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dengan Manchester City di kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya, pada pukul 8 malam Ahad ini.

Najib dalam laman webnya www.1malaysia.com.my berkata mereka yang berminat bolehlah mendaftar di http://bit.ly/rmH8tz untuk berpeluang menghadirkan diri bersama seorang teman.

Beliau yang merupakan penyokong kuat Manchester United, berkata pendaftaran dibuka sehingga pukul 5 petang esok.

"Setelah menghadiri beberapa sesi menonton bola sepak beramai-ramai termasuk di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan bersama belia di Putrajaya, saya memutuskan untuk menganjurkan satu sesi yang serupa malam Ahad ini, 23 Okt.

"Inilah masanya untuk saya 'lepak' bersama rakan-rakan Facebook dan Twitter," katanya.

Tuesday, 18 October 2011

Gambar Bayi Malang Yang Dikelar Di Bilik Asrama

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Adakah ini gambar bayi malang dan dibunuh kejam????


Sedih dan terkilan bila aku baca artikel kat bawah nie pasal seorang bayi dikelar hidup-hidup oleh seorang remaja perempuan berusia 16 tahun. Sungguh kejam dan tragis. Seorang bayi yang tidak bersalah ditamatkan riwayatnya kerana kekasih tidak mahu bertanggungjawab dengan bayi yang dilahirkan.

Bagaimana seorang pelajar yang melahirkan anak sendiri sanggup dan tergamak mengambil nyawa bayi nya sendiri atas alasan kekasih gelapnyer tidak bertanggungjawab. Adakah nilai nyawa manusia sudah tidak berharga atau ternilai? 

Aku sendiri rasa terkilan dengan tindakan gadis ini. Aku paham dia tertekan dengan keadaan yang dialami. Tapi jangan ler sampai sanggup bertindak kejam. Jangan diulangi kesilapan lampau. Berfikir lah dengan waras. 

Aku yakin kat luar sana ramai pasangan berkahwin yang belum memperolehi anak sanggup untuk menjaga dan memberikan perlindungan pada bayi ini. Bayi ini tidak bersalah dalam hal nie. Aku sendiri dah 8 tahun kahwin belum memperolehi anak agak terkilan bila dengar berita macam nie. Sungguh tragis dan tidak berperikemanusiaan. 

Harap pihak berwajib amik tindakan bukan saja pada gadis ini tapi pada lelaki yang jadi penyebab kehamilan pada gadis tersebut. Laki ini perlu dihadapkan ke muka pengadilan agak dikenakan tindakan sewajarnya. Kerana dia satu nyawa dah melayang. 

Beringatlah wahai adik-adik sekalian. Jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu kekasih hati anda. Seronok hanya sekejap sengsara pasti berpanjangan. Ingat-ingatlah wahai gadis-gadis diluar sana.
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.
Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.
Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

LIVE STREAM : Otelul Galati vs Manchester United The UEFA Champions League 2011





Formations:

Match date:
Tuesday, October 18, 2011

Time:
19.45 GMT or 20.45 local time


Venue:
National Arena Football Stadium, Bucharest

Prediction:
Otelul Galati (0) - (3) Manchester United

Manchester United Possible XI: 
De Gea, Smalling, Jones, Vidic, Fabio, Valencia, Carrick, Anderson, Nani, Rooney, Hernandez


Otelul Galati Possible XI: 
Grahovac, Rapa, Costin, Salageanu, Perendija, Antal, Filip, Ibeh, Ilie, Frunza, PenaSoldado


Other Match Today:



18:00 CSKA Moscow - Trabzonspor
20:45 Manchester City - Villarreal
20:45 Napoli - Bayern Munich
20:45 Lille - Inter Milan
20:45 Otelul Galati - Manchester United
20:45 Real Madrid - Lyon
20:45 Dinamo Zagreb - Ajax Amsterdam
20:45 Basel - Benfica

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More