TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Awas Borang Palsu Bantuan RM500

Pastikan Anda Dapatkan Borang Yang Asli

Bantuan RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Tarikh Tutup 10 Januari 2012

SUMBANGAN IKHLAS

Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah

CERMIN MATA TERAPI (RAWAT MATA RABUN DAN SILAU)

Dapatkan Segera!!!

Detox Foot Patch

Jom Singkirkan Toksin Dari Badan Anda

Friday, 30 September 2011

"Mana Tajaan RM12 Juta" Chef Wan Pertikaikan Majlis Persandingan Gah Norman Hakim Dan Memey Suhaiza


Aku dah agak pasti akan ada celebrity tanah air yang akan pertikaikan majlis persandingan gah abad ini seperti mana yang digembar-gemburkan di dada akhbar tempatan. Tak sangka lak Chef Wan yang bantai hehehehehe.

Aku pun tak paham kat mana hebatnyer majlis persandingan Norman Hakim dan Memey Suhaiza nie. Nampak tak gah langsung kalau nak dibandingkan dengan majlis pengantin lain. Ada betul gak cakap Chef Wan. Publisiti bagai nak rak tapi lain lak jadinyer. Sekarang nie dah jadi bahan lawak di abad ini lak dah hehehehe. Memang lawak doh!!!

Maybe perkara ini boleh dijadikan ikhtibar pada artis-artis lain supaya jangan cakap berdekah-dekah. Jangan nak act lebih sangat dah ler. Nanti buat orang menyampah. Silap-silap leh jadi bahan lawak abad nie hehehehe. Naya doh!!!!

Ramai yang dah komen pasal wedding yang gah nie. Banyak-banyak komen aku suka komen yang nie hehehehe.


Ada betul gak ngan komen blogger nie kan. Aku amik dari blog BeautifulNara. "Lagi lawa dan sopan baju pengantin Kate Middleton" hehehehe. Yang pasti isu nie akan jadi bahan lawak paling panas abad nie hehehehe.

Apa-apa pun sama-sama lah kita semua doakan semoga ikatan perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin

image
image
image



SUMBER

Penaja & Sponsor Untuk Contest Dezaman Cottage Diperlukan


Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia semua,

Pihak kami sekarang ini sedang mencari SPONSOR di kalangan visitor Dezaman Cottage untuk sama-sama menjayakan contest yang akan dijalankan oleh pihak kami kelak. 

Apakah manfaat yang anda akan perolehi sebagai SPONSOR?

  1. Setiap kali contest diadakan BACKLINK URL website/blog SPONSOR akan dipamerkan dalam setiap entry peserta yang terlibat. Backlink ini amat berguna dan mesra SEO.
  2. Secara tak langsung website/blog SPONSOR akan diwar-warkan oleh peserta-peserta contest. Peserta contest wajib TAG sekurang-kurangnya 5 rakan blog/website sebagai makluman contest. Jadi anda sebagai SPONSOR akan menerima kunjungan hormat dari unique visitor blog/website terbabit.
  3. Produk anda akan dikenali oleh visitor dan para peserta.
  4. Boleh meningkatkan hasil jualan produk atau servis.
Apa yang boleh di SPONSOR?
  1. Tak kisah apa-apa produk atau servis pun boleh janji tak memudaratkan orang ramai.
Macam mana nak SPONSOR?
  1. Anda hubungi kami di email berikut servis_ads@yahoo.com
  2. Anda perlu nyatakan jenis produk/servis yang nak ditaja. Kalau boleh nyatakan sekali nilai tajaan.
  3. Berikan segala butiran diri seperti NAMA, ALAMAT, NO. HP & WEBSITE untuk rujukan.
  4. Nyatakan sekali kaedah tajaan anda. Contoh produk anda akan dipos terus kepada pemenang atau duit tajaan akan dibank in dalam akaun pemenang.
Semoga tajaan anda semua dapat memeriahkan lagi sesi contest yang akan dijalankan oleh pihak kami kelak. Jasa baik anda semua untuk menjayakan contest ini amat dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian dimaklumkan
Admin
Dezaman Cottage

P/S: Sebarang pindaan akan dimaklumkan kelak.


SENARAI SPONSOR TERKINI

  1. WEBSITE : www.tetikusrusak.net (Mary Kay Liquid Foundation bernilai RM65.00 )
  2. WEBSITE : http://farishacollection.blogspot.com/  ( Farisha Collection bernilai RM50.00)

Bila Koh Tsu Koon Kantol Pakai Photoshop

Lawak seh!!!! Nak gelak guling-guling pun ada nie hahahahaha. Ini lah jadinyer bila Dato' Dr. Koh Tsu Koon kantoi menggunakan photoshop bagi menampakkan dia ada bersama-sama dengan Datuk Seri Najib Razak dalam program berbasikal di Pulau Pinang baru-baru nie. Dah ler tergolek masa berbasikal baru-baru nie (klik sini) sekarang nie lak jadi mangsa photoshop ngan budak-budak Lowyat Kopitiam yang sememangnya doing it FOR THE LULZ hahahaha kesian siot. Korang leh tengok kat sini http://forum.lowyat.net/ dan http://blogserius.blogspot.com

Korang layan jer gambar-gambar nie ek.....










Thursday, 29 September 2011

Video Klip Undilah.....Jangan Tidur!!! - Namewee, Afdlin Shauki dan Kuli Pete Teo


Terus terang aku cakap aku suka video klip UNDILAH yang dibuat oleh Namewee, Afdlin Shauki dan Kuli Pete Teo nie. Ada banyak maksud tersurat dan tersirat dan video klip nie. 

Hanya satu jer aku tak berkenan dalam video klip nie. Pada pandangan aku video nie nampak agak bias pada pihak tertentu. Rasanya tak perlu dibangkitkan dengan isu "negara ini banyak masalah". Negara mana dalam dunia nie aman dan takder masalah. Cer citer cer citer sat kat aku. Bagi contoh yang sentiasa aman sentosa tanpa masalah?

Motif video klip dah cun melecun ajak orang ramai yang cukup umur untuk mengundi dalam pilihanraya akan datang. Bila ada isu bias nie nampak agak kurang sesuai. Yang pasti ada pihak yang akan terkesan dengan isu "negara ini banyak masalah"??? Confirm pihak kerajaan sediada akan terasa dalam video klip nie. 

So pada aku ada motif tersirat dalam video klip nie sebenarnya yang akan memihak pada pihak pembangkang. Apa-apa pun UNDI korang semua amat diperlukan dalam pilihanraya akan datang. Yang dah cukup umur tu pandai-pandai ler mendaftarkan. Jangan disia-siakan undi korang semua. Buatlah keputusan yang bijak apabila memilih kerajaan pada masa akan datang.

Selamat mengundi semua.

Gambar: Toyota Wish ATILIA Masuk Longkang

Kesian doh ngan Atilia. Kereta yang dipandu Atilia terbabas masuk longkang. Walaubagaimanapun Atilia selamat dari kemalangan tersebut. Sempat lagi Atilia berposing dengan kereta Toyota Wish tu hehehehe. Korang tengok ler sendiri yer.

10 Fakta Menarik Mengenai Orang Muar a.k.a Muo

Inilah dia 10 fakta menarik yang patut anda tahu mengenai masyarakat di Muar, Johor: 

1. Orang Muar makan satay untuk sarapan, nasi lemak untuk makan malam. 

2. Kalau bercakap mesti dihujung ayat ada bunyi "ek". Contoh: hari ni ape projek ek? 

3. Kebanyakan yang "old school" di Muar adalah rockers/berangan nak jadi rockers, yang muda-muda pula nak jadi B-Boy. 

4. Orang Muo pegi paso naik beco pakai selipor panjat pagor pakai gebor lalu bando. Terjemahan: orang Muar pergi pasar pakai selipar naik beca panjat pagar pakai gebar(selimut) lalu bandar

5. Orang Muar pandai melawak, walau yang paling pendiam sekalipun sekali buat lawak mesti orang ketawa berdekah-dekah. 

6. Orang Muar adalah spesis kuat "menganjing" dan amat kebal bila "dianjingkan". Haha..

7. Orang Muar mencipta Mee Bandung, yang langsung tiada kena mengena dengan Bandung, Indonesia. 

8. Bila orang Muar berkata mereka nak pergi "Johor", bermakna mereka nak ke Johor Bharu a.k.a JB. 

9. Bila anak jati Muar yang lama merantau balik ke kampung halaman dan lupa nak berbahasa "Orang Muo" akan diperli selama seminggu. 

10. Orang Muar ramai duduk dekat parit

Sekian, terima kasih.

P/S: Aku dapat fakta nie dari email yang dihantar oleh rakan blogger. Terima kasih atas email anda.

Lirik Lagu Tema Solehah Program Realiti TV Al-Hijrah



Lagu Tema Solehah.
Nyanyian: Badri Ibrahim
Lagu: Farihin Abd Fatah

Dialah pasangan
Pengaruh kelembutan
Bimbanglah dengan bimbingan
Cetusan membahgiakan
Kau wanita terbilang
Tabah, cekal, bertandang
Kerna kau
Lahirkan penerus jasa
Kau solehah
Bahkan nyawa kau pertaruhkan
Agar nur iman terpelihara

Wednesday, 28 September 2011

LIVE STREAM : Valencia vs Chelsea The UEFA Champions League




Formations:

Match date:
Wednesday, September 28, 2011

Time:
18:45 BST local time, 02:45 (GMT +8)

Venue:
Mestalla, Valencia, Spain

Prediction:
Valencia (2) - Chelsea (1)

Projected Chelsea lineup (4-3-3):
Cech; Cole, Terry, Luiz, Ivanovic; Meireles, Ramires, Lampard; Mata, Sturridge, Torres

Projected Valencia lineup (4-2-3-1):
Guaita; Mathieu, Rami, Ruiz, Bruno; Topal, Banega; Alba, Canales, Pablo; Soldado


Other Match Today:


AC Milan - Plzen
Arsenal - Olympiakos
Bayer Leverkusen - Genk
BATE Borisov - Barcelona
Valencia - Chelsea
Marseille - Borussia Dortmund
Shakhtar Donetsk - Apoel Nicosia

Namawee a.k.a Wee Meng Chee Mengamuk Pasal Nasi Lemak 2.0

Tak abih-abih ngan Namawee a.k.a Wee Meng Chee. Kali nie dia mengamuk pasal wartawan Utusan Malaysia buat artikel tibai Namawee. Aku setuju dengan artikel tu. Bukan apa sebab Namawee nie makin melemak makin menjadi-jadi. Bukan sebab jealous dengan citer Nasi Lemak 2.0 tu tapi bila dipikirkan balik apa yang dia dah buat tu agak payah nak diterima. Sapa tak hangin doh!!!! lebih-lebuh lagi bila agama, bangsa dan tanahair dihina. Sapa tak sakit hati. Betul ler apa yang FAUZIAH AROF cakap dalam artikel tu. Korang baca ler sendiri dan lihat video mangkuk bertingkat nie.


Artikel yg menyebabkan Namewee mengamuk

Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee...

Oleh Fauziah Arof

MELIHAT reaksi orang ramai mengenai filem sulung arahan Namewee, Nasi Lemak 2.0 yang dikatakan mereka sebagai sebuah filem ‘komedi sosial’ yang baik lagi menghiburkan, ia tidak sedikit pun menarik minat saya untuk menonton filem tersebut.

Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini, walaupun dibarisi oleh nama-nama selebriti handal yang saya kagumi seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor, apatah lagi melanggannya di Astro First apabila filem itu habis ditayangkan kelak.

Sebabnya, bukan kerana filem Nasi Lemak 2.0. Tetapi kerana si pengarah dan penulis skripnya yang banyak mengguris hati rakyat Malaysia sebelum ini.

Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.

Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik ‘Melayu Balik Hutan Jadi Sakai’.

Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah.

Sekarang, Namewee melalui Nasi Lemak 2.0 pula menyifatkan, filem lakonannya itu adalah aspirasi 1Malaysia, yang melambangkan penyatuan dan perpaduan kaum di negara ini.

Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada. Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube.

Namun ‘perjalanan seni’ anak muda ini boleh disifatkan luar biasa, kerana setelah apa yang dilakukannya, peliknya dia masih diberi peluang berjumpa seorang menteri, dan tiada tindakan yang diambil terhadapnya.

Dan dia yang banyak ‘diberi muka’ ini juga dengan yakinnya mahu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula untuk menyokongnya berkarya atas nama 1Malaysia.

Siapa dia Namewee ini, apa keistimewaan dan kekebalannya? Jawapannya, lelaki ini telah menyakiti hati ramai orang terutamanya orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Seperti yang ditegaskan, saya tiada masalah dengan filem Nasi Lemak 2.0. Saya menyokong filem tempatan dan tidak kisah mengeluarkan wang menonton filem Melayu di pawagam.

Apabila memperkatakan tentang filem berunsurkan 1Malaysia, bukan filem Nasi Lemak 2.0 sahaja mempunyai aspirasi ini. Saya juga telah menonton filem Estet di pawagam.

Estet arahan Mamat Khalid ini menggabungkan kehidupan semua kaum di negara ini yang saling hormat-menghormati dan membantu antara satu sama lain dalam sebuah kampung.

Dan saudara Mamat kita ini, tidak heboh pun dengan mengangkat filem tersebut sebagai filem 1Malaysia!



Video Namewee Hina Melayu & Islam bg mereka yg dah lupa


Anak Harimau Sultan Johor

Jom bergurau senda dengan anak harimau milik Sultan Johor. Kecik-kecik macam nie boleh ler buat main-main. Dah beso hilang kepala kalau kena tempeleng dik rimau nie.

Berita Terkini: Gambar Letupan Pusat Membeli-belah Empire Shopping Gallery Subang Jaya












KUALA LUMPUR: Satu letupan kuat di pusat beli-belah Empire Shopping Gallery, dekat Subang Jaya, awal pagi tadi menyebabkan empat cedera setakat ini.

Kejadian jam 3.40 pagi itu turut menyebabkan kerosakan teruk beberapa premis termasuk rangkaian cafe terkenal dengan bumbung dan kaca beberapa premis lain runtuh dan pecah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Twitternya pagi ini berkata beliau mendoakan penduduk di kawasan berhampiran selamat. Setakat ini punca kejadian belum diketahui lagi.

Isteri Menuntut Cerai Kerana Suami Pandai Memasak

Bertuah kalau korang yang pompuan nie dapat suami yang pandai masak. So leh kurang ler beban sikit. Confirm sang suami akan membantu serba sikit. Tapi jangan ler sampai korang tak masak lak. Sekali sekala tu kira ok ler.

Jangan sampai jadi macam kes kat bawah nie dah ler. Nak tahu korang baca sendiri.


CAIRO - Seorang wanita dari Mesir meminta perceraian setelah dirinya sedar suaminya lebih mahir dalam hal memasak daripada dirinya.

Mohammed Said, seorang chef di Hotel Cairo, mengejutkan keluarganya ketika dirinya memasak untuk makan malam pada awal bulan Ramadan.

Waktu itu, semua anggota keluarganya tengah berkumpul untuk menunggu waktu berbuka puasa.

Said menunjukkan bakat memasaknya yang diperolehi dari latihan memasak di hotel. 

Dirinya pun terlihat mampu mengalahkan isterinya, Nahal, dalam hal memasak. Demikian seperti ditulis dalam RIA, Kamis (11/8/2011).

Nahal pun akhirnya meminta cerai kepada suaminya setelah kedua puteranya meminta ayahnya terus memasak untuk keluarga.

Anak-anaknya juga menyatakan lebih menyukai masakan yang dimasak ayahnya lebih daripada ibunya.

Meskipun demikian, mahkamah pengadilan di Mesir terpaksa menunda proses pengadilan kedua pasangan suami isteri tersebut akhir bulan Ramadan. 

Mahkamah berharap Nahal akan mempertimbangkan pilihannya, kerana perceraian memusnahkan keharmonisian di keluarga Said.

10 Gunung Berapi Berbahaya Dan Masih Aktif Di Dunia

Salam 1Malaysia semua. Alangkah bahagia nyer negara kita Malaysia takder gunung berapi macam negara-negara lain. Kita patut bersyukur pada Allah S.W.T. Bayangkan kalau negara kita ada gunung berapi perghhhh tak leh bayang doh. Dah ler Malaysia nie kecik jer. Sekali gunung berapi meletup dah tak tahu nak lari ke mana hehehe.

Tu pun dah rasa tempias kalau gunung berapi negara jiran meletus macam kat Filipina dan Indonesia. Jerebu terus satu Malaya. Kat situ aku nak bagi sikit info pasal gunung berapi paling aktif di dunia.

1. Chaitén

Terletak di Chile selatan, tepi kaldera mencapai 1,122 meter di atas aras laut dan 3km dengan diameter. Gunung Chaiten mula meletus pada Mei 2008. Kekuatan letusan itu meningkat secara dramatik menghasilkan ledakan arus awan dan lava. Pada bulan Februari 2009 , terjadi sebahagian letusan disebabkan runtuhnya kubah aliran piroklastik lebih bawah melalui lembah sungai.

2. Mayon

Gunung Mayon terletak di bahagian Albay, di Luzon, Filipina. Sebahagian dari Lingkaran Api Pasifik, merupakan salah satu gunung berapi paling aktif, telah meletus di Filipina selama lebih dari 49 kali dalam masa 400 tahun terakhir.

3. Mount Etna

Terbesar daripada tiga gunung berapi aktif di Itali terletak 3,329 meter di atas aras laut di pesisir timur Sisilia. Salah satu gunung berapi yang paling aktif di dunia, Gunung Etna adalah dalam keadaan hampir konstan. Yang paling terakhir adalah letusan abu pada bulan April 2010.

4. Mount Nyiragongo

Gunung Nyiragongo terletak di Taman Negara Virunga di Republik Demokratik Congo. Mempunyai kawah dengan selebar kira-kira 2 km. Sejak tahun 1882, gunung ini telah meletus sebanyak 34 kali. Lava Nyiragongo terus turun dengan kelajuan hingga 60 mph.

5. Whakaari / White Island

Pulau putih ini terletak 28 km di timur Pulau Utara Selandia Baru. Letusan telah terjadi di sini baik melalui aliran lava dan ledakan abu . Letusan terbesar terjadi pada tahun 1981-1983 banyak mengubah lanskap, dan ada juga letusan pada tahun 2000 dan 2001.

6. Mount St Helens

Gunung St Helens terletak di Scamania County, Washington, USA. Peristiwa yang paling terkenal berlaku di sini mungkin letusan pada bulan Mei 1980 yang menyebabkan 57 kematian dan kerosakan harta benda seluas lebih dari 230 mil persegi. Pada tahun 2008 wapnya mulai meletus dari rekahan di kubah lava.

7. Kīlauea

Kilauea merupakan gunung berapi aktif di Kepulauan Hawaii dan merupakan salah satu dari lima gunung berapi yang bersama-sama membentuk pulau. Letusan gunung ini bermula pada bulan Januari 1983 dan terus menghasilkan aliran lava yang bergerak dari ventilasi melalui jaringan yang dibuang ke laut. Letusan ini telah meliputi lebih dari 117 km persegi dan dibina dalam laut yang berkedalaman 2 km.

8. Soufrière Hills 

Ini gunung berapi Soufrière Hills mempunyai banyak kubah lava yang membentuk puncaknya di pulau Karibia Montserrat. Setelah lama tertidur, gunung ini menjadi aktif pada tahun 1995 dan terus meletus. Pada 5 Februari 2010 ledakannya menyebabkan berlakunya ledakan arus awan di beberapa bahagian gunung itu pada suatu waktu.

9. Popocatépetl

Popocatépetl adalah puncak tertinggi kedua di Mexico pada 5,426 meter, dan terletak kira-kira 70 km di tenggara Mexico City. Gunung ini merupakan gunung yang paling berbahaya di Mexico dengan lebih dari 20 letusan besar sejak 1519. Yang paling baru pada bulan Desember 1994 dan sejak itu aktiviti gunung berapi ini aktif berterusan..

10. Sakurajima

Awalnya sebuah pulau, setelah aliran lava dari letusan 1914 dari Sakurajima sekarang bersambung ke Semenanjung Osumi di Jepun. Aktiviti Sakurajima menjadi lebih menonjol lagi pada tahun 1955, dan gunung berapi telah meletus secara berterusan sejak itu, dengan 7300 letusan tercatat dalam masa 45 tahun terakhir.

Wordless Wednesday ##8 : Alexa Ranking 1,001

Tuesday, 27 September 2011

Sumbangan Tabung Pembangunan MTAQA (Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah)

Salam 1Malaysia semua. Aku memohon jasa baik seluruh rakan-rakan blogger semua yang berkemampuan untuk menghulurkan derma ikhlas untuk membantu Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah (MTAQA) untuk membeli Kenderaan Rasmi MTAQA.

Semoga derma ikhlas korang semua akan diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Korang juga digalakkan untuk menghebahkan kepada rakan-rakan lain berkenaan sumbangan ini. Jasa baik korang semua amat dihargai.


MEMOHON SUMBANGAN TABUNG PEMBANGUNAN MTAQA (Pembelian Van Rasmi MTAQA)

MTAQA telah pun melewati enam tahun penubuhannya. Potensinya sudah mula membuahkan hasil. Namun, komitmen untuk menjalankan aktiviti masyarakat dan sekolah agak terbatas kerana ketiadaan sumber kewangan yang kukuh dan kenderaan bagi tujuan tersebut. Sehubungan itu rayuan sumbangan ini dilancarkan untuk meningkatkan potensi MTAQA supaya lebih terkehadapan dan cemerlang.

Jadi, Tabung Persatuan Ibu bapa dan Guru Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha (PIBG MTAQA) untuk pembelian Kenderaan Rasmi MTAQA (Van) telah dilancarkan untuk mengembangkan potensi tersebut.

Sumbangan anda boleh disalurkan terus melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 03027010037358 atau cek atas nama “Tabung Pembangunan MTAQA (PIBG)”.

Sumbangan yang bakal anda salurkan didahului dengan jutaan terima kasih dan jazakumullahu khairal jaza’. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Maklumat lanjut anda boleh hubungi pihak MTAQA, tel :
09-7922560 atau melalui email : maahadmtaqa@yik.edu.my

"Sumbangan Anda amatlah dialu-alukan"

Jadual Cuti Umum 2012 & Cuti Sekolah 2012 | Malaysia School Holidays & Public Holidays 2012 Calendar


Berikut adalah jadul Cuti Umum dan Cuti Sekolah 2012 di Malaysia. Mana tahu korang nak bercuti ke tahun depan so dah boleh rancang dari sekarang nie kan. Kalau korang nak kongsi jadual nie pun boleh amat dipersilakan. Leh ler aku plan Cuti-Cuti Malaysia nanti hehehehe.
Malaysia School Holiday:
10.03.2012 – 18.03.2012
26.05.2012 – 10.06.2012
18.08.2012 – 26.08.2012
10.11.2012 – 01.01.2013
* In Kedah, Kelantan and Terengganu, holidays start and end a day earlier


Holidays

Live Streaming Video Football : Manchester United vs FC Basel The UEFA Champions League 2011





Formations:

Match date:
Wednesday, September 27, 2011

Time:
18:45 BST local time, 02:45 (GMT +8)

Venue:
Old Trafford, Manchester, England

Prediction:
Manchester United (3) - FC Basel (1)

Projected Manchester United lineup (4-4-2):
Lindegaard; Evra, Ferdinand, Jones, Valencia; Young, Anderson, Carrick, Nani; Berbatov, Welbeck

Projected FC Basel lineup (4-4-2):
Sommer; Park, Dragovic, Abraham, Steinhöfer; F. Frei, Kovac, Cabral, Xhaka; A. Frei, Streller


Other Match Today:

CSKA Moscow - Inter Milan
Bayern Munich - Manchester City
Lyon - Dinamo Zagreb
Napoli - Villarreal
Trabzonspor - Lille
Otelul Galati - Benfica
Real Madrid - Ajax

Edisi Khas: Koh Tsu Koon Jatuh Basikal Masa Iringi Najib Razak

Salam 1Malaysia semua. Baru-baru nie Datuk Seri Najib Razak dan beberapa Menteri berbasikal bagi menjayakan program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong Pulau Pinang. Tujuan program ini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu pembelajaran di Sekolah sekolah Cina. Mereka bercadang untuk mengumpulkan RM15Juta untuk 15 sekolah rendah.

Tapi aku bukan nak citer pasal dana tu. Aku nak citer pasal Dr. Koh Tsu Koon tergolek masa berbasikal hehehehe. Korang tengok gambar dia sebelum tergolek. Takkan dia ushar amoy sebelah kiri dia kot hehehehe. Tak pasal-pasal dah tergolek hehehehe. Jangan marah Dr. Koh Tsu Koon. Semoga lepas nie lebih berhati-hati.

"Ibu Suruh Saya Jadi Pelacur", Pengakuan Ziela

Astagfirullah Al Azim. Sampai hati seorang ibu sanggup ajar anaknyer sendiri untuk jadi pelacur. Bayangkan keadaan sosial di Malaysia ketika nie. Keruntuhan akhlak dikalangan generasi baru makin menjadi-jadi. Yang makin pening bukan apa "IBU" sendiri merestui. Jadi cikgu ajar anak-anak bergelumang dah dunia hanyir. Perghhhhh itulah realiti kehidupan pada zaman serba canggih dan canggun.

Tapi aku tak salahkan diaorang sebenarnya. Pada aku keadaan sosio-ekonomi di Malaysia yang jadi penyebab kepada gejala seperti nie. Nak hidup sekarang nie perlukan modal yang tinggi. Kalau iman goyang begini ler jadinyer. 

Patut ler Ustaz Asri (Dr. MAZA) bising pasal zakat. Pada aku kalau dapat disalurkan zakat pada mereka yang memerlukan seperti keluarga nie pasti kita dapat mengurangkan gejala sosial seperti pesundalan dan sebagainya.

Bukan nak menunding jari pada mana-mana pihak tapi kalau ditanya pada mereka pasti isu sosio-ekonomi jadi punca. Macam kes nie ibu sendiri dah jadi pelacur so anak-anak pun diajak sekali. Jawapannyer mudah jer "easy money". Semuanya untuk keperluan hidup. 

Harap pihak yang berwajib dapat memantau. Rasanya tak keterlaluan kalau HUDUD dilaksanakan agar gejala macam nie dapat dibanteras.

KUALA LUMPUR: “Ibu yang mengajar saya teknik urutan batin dan menyuruh saya menjadi pelacur.” Itu pengakuan mengejutkan seorang remaja berusia 16 tahun yang ditemui di sebuah premis urut yang menyediakan khidmat seks, di sini.
 
Mahu dikenali sebagai Ziela, remaja itu berkata, dia tidak rela melakukan pekerjaan itu, tapi tiada pilihan kerana ibunya yang juga pelacur memaksanya berbuat demikian.
“Saya tak mahu (melacur). Sebelum ini kakak menjadi pelacur kerana disuruh ibu, tapi selepas dia malas untuk terus melakukannya, saya pula dipaksa ibu menjadi pelacur sejak dua bulan lalu,” katanya.
 
Ziela ditemui wartawan Harian Metro yang menyamar pelanggan di rumah pelacuran dikendalikan ibunya di satu kawasan rumah kedai di pinggir ibu negara.
Wanita berusia 40-an yang dikenali sebagai Kak K itu mempunyai empat anak yang semuanya tinggal di premis itu bersama beberapa warga Indonesia yang turut menjual tubuh.

Monday, 26 September 2011

Saya Ingin Bunuh Diri????

Seorang lelaki berwajah garang sedang menaiki motor Harleynya, ketika dlm perjlnan dia terlihat seorang gadis cantik bergaun panjang sedang berdiri di atas pagar jejambat.

Ia menghentikan motornya dan bertanya : "Apa yang sedang kamu lakukan?"
Gadis itu menjawab : "Saya ingin bunuh diri..."

Mengambil kesempatan ini si lelaki berkata: "Kalau begitu sebelum kamu melompat, berikan saya ciumanmu yang terakhir."

Si gadis pun menciumnya dibibir. Setelah ciuman berakhir, si lelaki dengan wajah berseri-seri berkata: "Mengapa kamu ingin bunuh diri? Ciumanmu begitu panas dan menggairahkan. Pasti banyak lelaki yg akan tergila-gila dengan ciumanmu ini."

Dengan sedih si gadis menjawab : "Saya ingin bunuh diri kerana ibubapa dan keluarga saya menentang saya berpakaian dan berdandan seperti WANITA....Auwww

Sekali pondan doh!!!! hahahaha 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More