TOP 10 KAKI KENTUT

Get this widget

Saturday, 20 August 2011

Kontroversi Bulan Mengelilingi Kaabah? Penjelasan Wakil ANGKASA

Korang ada dapat tak SMS atau message kat Facebook tak pasal isu Bulan Mengelilingi Kaabah???. Korang leh baca message kat bawah nie.
"Daripada Dato Mazlan astrology.. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi)..."
Aku agak pelik ngan SMS nie. Kenapa ler mudah sangat nak percaya perkara-perkara macam nie. Pelik Tapi Benar???? Itulah yang terjadi di zaman sekarang nie. Mudah sangat orang nak sebar dan percaya dengan benda yang tak tahu kesahihan hujung dan pangkalnyer.

Bagi aku belum tentu SMS tu betul atau sahih walaupun nampak seakan-akan message tu dikeluarkan oleh bekas Ketua Pengarah Angkasa Prof Datuk Dr Mazlan Othman. Tak ke pelik dengan SMS tu. Bagi aku mudah jer, nie semua keje budak-budak yang terencat akal!!!! 

Bagi yang dah dapat message tu harap jangan ler cepat percaya nak sebarkan pada kawan-kawan atau umum. Selidik dulu yer kesahihan message tu. Sekarang nie pihak ANGKASA sendiri dah keluarkan kenyataan rasmi menafikan kesahihan message yang dah tersebar nie.

Harap kita semua lebih berhati-hati untuk sebarkan maklumat seperti nie yer.

Kat bawah nie aku lampirkan penjelasan dari wakil ANGKASA untuk tatapan korang semua.
SalamBerdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya serta peta bintang di attachment (simulasi peta bintang di mekah pada jam 0325, 20 ogos 2011), saya boleh rumuskan bahawa:Berita seperti di bawah adalah rumours Tiada yang istimewa atau ganjil dari segi pergerakan bulan, jarak bulan, keterangan bulan, fasa bulan untuk malam ini. Spesifikasi bulan malam ini:Bulan terbit:2243 (10:43 malam) Bulan terbenam:1121 (11:21 pagi) Bulan tepat di atas kepala (transit):0440 (4:40 pagi) Jarak bulan ke Bumi pada 20 Ogos 2011: 404,738 km [bulan paling dekat dgn bumi pada tahun 2011(perigee) yang berlaku pada 19 Mac 2011: 356,577km][bulan paling jauh dgn bumi pada tahun 2011(apogee) yang berlaku pada 2 April 2011: 406,655km]So purata jarak bumi ke bulan ialah 381,616kmFasa bulan: 67.88% (keterangan bulan) 

Harap maklumtqMHD FAIROS BIN ASILLAMUnit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA)Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)Tingkat 8, Bangunan Komersil 4C11Persiaran Perdana, Presint 462100 PutrajayaMALAYSIATel: +603 - 8888 8668Faks: +603 - 8888 3478E-mail 1: fairos@angkasa.gov.myE-mail 2: mhdfairos@gmail.comURL 1: http://www.angkasa.gov.my URL 2: http://www.angkasa.gov.my/langkawi_observatory/

5 Comments
Comments

5 comments:

hak hak, kita faham sebenarnya keterangan pihak ANGKASA tu.. *budakbudakmanabolehfaham.. :)

surat @ sms berantai la ni kan?

Surat berantai macam nie ler yang amat disukai oleh orang nak sebarkan tanpa selidik bukti dan sumber dulu.....terus nak caya jer....

org nih kdg2 trus je caya tnpa kaji selidik...

dulu surat berantai sekarang ni sms berantai la pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More